Mufti Besar Arab Saudi Abdulaziz Al-Sheikh meninggal dunia

Sheikh Abdulaziz bin Abdullah Al-Sheikh
Sheikh Abdulaziz bin Abdullah Al-Sheikh
A
A
A

RIYADH - Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdulaziz bin Abdullah Al-Sheikh yang menyandang jawatan itu sejak 1999 telah meninggal dunia, menurut Mahkamah Diraja dalam satu kenyataan pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

"Kerajaan Arab Saudi dan dunia Islam telah kehilangan seorang ulama terkemuka yang banyak menyumbang dalam perkhidmatan ilmu, Islam dan umat Islam,” menurut kenyataan itu yang disiarkan oleh Agensi Berita Arab Saudi.

Solat jenazah akan diadakan di ibu negara Riyadh dan di masjid-masjid lain di seluruh negara pada Selasa, tambah kenyataan berkenaan. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdulaziz bin Abdullah Al-Sheikh telah meninggal dunia
  • Menyandang jawatan sejak 1999
  • Mahkamah Diraja Arab Saudi mengumumkan kematian beliau
  • Beliau dianggap sebagai ulama terkemuka yang banyak menyumbang kepada Islam dan umat Islam
  • Solat jenazah akan diadakan di Riyadh dan masjid-masjid lain di seluruh negara

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!