Razak, Sarifah Zaleha dinobatkan Tokoh Maulidur Rasul Felda Wilayah Jengka

Razak dan Sarifah Zaleha bersama anugerah masing-masing.
Razak dan Sarifah Zaleha bersama anugerah masing-masing.
A
A
A

JENGKA - [DIKEMAS KINI] Pengerusi Gabungan Masjid Wilayah Jengka, Razak Daud, 65, dinobatkan sebagai Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Jengka 2025.

Beliau menerima anugerah tersebut sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2025/1447H di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka pada Isnin yang disampaikan oleh Exco Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Usahawan Pahang, Datuk Amizar Abu Adam.

Razak (kanan) menerima anugerah yang disampaikan oleh Amizar.
Razak (kanan) menerima anugerah yang disampaikan oleh Amizar.

Menurutnya, anugerah tersebut memberikan kejutan kerana sepanjang aktif pelbagai aktiviti komuniti dan kemasyarakatan dilakukan sepanjang memegang jawatan itu sejak 10 tahun lalu dilakukan demi membantu golongan memerlukan.

"Pertama sekali, saya bersyukur dan berterima kasih atas anugerah ini walaupun tujuan memegang jawatan bukanlah untuk mendapatkan penghargaan.

"Apa pun, kita akan teruskan membantu orang susah dan menjalankan kerja kebajikan,” katanya yang juga Ketua Peneroka Felda Jengka 24.

Jelasnya, pengiktirafan itu sangat dihargai selain akan meneruskan segala aktiviti berkaitan demi pembangunan ummah di wilayah tersebut.

Bagi kategori wanita, anugerah tersebut menjadi milik Pengerusi Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda Jengka 21, Sarifah Zaleha Syed Abu Bakar, 69, yang kekal aktif dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan hingga kini.

Artikel Berkaitan:

"Malah saya masih aktif menjadi tenaga pengajar untuk pelbagai aktiviti kemasyarakatan seperti program keagamaan dan marhaban," tambahnya mula memasuki tanah rancangan itu pada 1980.

Sambutan anjuran Felda Wilayah Jengka itu turut disertai pengerusi dan Exco gabungan masjid serta masyarakat setempat.

Turut hadir, Pengarah Felda Wilayah Jengka, Mohd Tarmizi Lee dan Ketua Peneroka Wilayah Jengka, Ariffin Wahab.

Ringkasan AI

  • Razak Daud dinobatkan sebagai Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Jengka 2025
  • Beliau menerima anugerah itu di Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2025/1447H
  • Razak aktif dalam aktiviti komuniti dan kemasyarakatan selama 10 tahun
  • Anugerah itu merupakan pengiktirafan atas kerja kebajikan yang dilakukan
  • Fazilah Said Abu Bakar dinobatkan untuk kategori wanita, aktif dalam aktiviti kemasyarakatan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!