Buaya muncul di pantai Teluk Bahang, cetus panik pengunjung

Seekor buaya sepanjang kira-kira satu meter muncul di pantai Teluk Bahang oleh orang awam pada petang Selasa.
Seekor buaya sepanjang kira-kira satu meter muncul di pantai Teluk Bahang oleh orang awam pada petang Selasa.
A
A
A

TELUK BAHANG – Pengunjung dan penduduk di kawasan pantai peranginan terkenal di sini dikejutkan dengan kemunculan seekor buaya sepanjang kira-kira satu meter pada petang Selasa.

Menurut maklumat awal, reptilia itu mula kelihatan timbul di permukaan air kira-kira jam 3.30 petang selepas orang awam memaklumkan ternampak kelibatnya berhampiran sebuah hotel di tepi pantai.

Empat anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pulau Pinang kemudiannya bergegas ke lokasi sebaik menerima aduan bagi melakukan pemantauan dan usaha menangkap buaya berkenaan.

Susulan penemuan mengejutkan itu, orang ramai, nelayan serta pengunjung pantai segera menjauhkan diri dari kawasan terbabit bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Seorang penduduk, Mohd Zulkifli Rahman, 37 berkata, kejadian itu adalah yang pertama kali berlaku di pantai Teluk Bahang.

“Sepanjang saya tinggal di sini, tidak pernah ada buaya muncul kerana kawasan ini bukan habitatnya.

"Penduduk terkejut apabila diberitahu ada buaya naik ke tepi pantai,” katanya.

APM ketika dihubungi mengesahkan usaha menangkap reptilia itu sedang dijalankan.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • TELUK BAHANG - Sebuah buaya sepanjang kira-kira satu meter ditemui di pantai peranginan
  • Buaya itu mula kelihatan timbul di permukaan air pada jam 3.30 petang dekat sebuah hotel pantai
  • Empat anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia berusaha menangkap buaya tersebut
  • Penduduk dan pengunjung pantai segera menjauhkan diri untuk mengelakkan bahaya
  • Ini adalah kejadian pertama buaya muncul di pantai Teluk Bahang menurut seorang penduduk

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!