Yakult didik masyarakat kepentingan penjagaan usus

Depan dari kanan: Mazlyn Mena, Mohammad Habib dan Lim Siew Ling bergambar bersama peserta kempen ‘Usus Sihat, Minda Lagi Hebat’ di UIAM Kampus Kuantan Sabtu lalu.
Depan dari kanan: Mazlyn Mena, Mohammad Habib dan Lim Siew Ling bergambar bersama peserta kempen ‘Usus Sihat, Minda Lagi Hebat’ di UIAM Kampus Kuantan Sabtu lalu.
A
A
A

 

Yakult (Malaysia) Sdn Bhd telah menganjurkan program kesedaran kesihatan komuniti ‘Usus Sihat, Minda Lagi Hebat’ sebagai pendedahan kepada masyarakat mengenai kepentingan penjagaan kesihatan usus dan kesihatan mental serta hubungan antara keduanya.

Program dengan kolaborasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Kuantan itu berlangsung dengan jayanya di dewan banquet universiti itu di sini Sabtu lalu.

Pengarah Bersekutu Bahagian Perhubungan Awam dan Sains Yakult (Malaysia) Sdn Bhd, Mazlyn Mena Mustapha berkata, pihaknya terus komited menyampaikan maklumat tepat berasaskan prinsip sains melalui pelbagai kempen kesedaran kesihatan seperti program ‘Usus Sihat, Minda Lagi Hebat’ itu.

Raewadee Bon Rit (kiri) ketika mengendalikan forum kesihatan ‘Usus Sihat, Minda Lagi Hebat’ bersama ahli panel Dr Wan Azdie dan Fatin Eilyana.
Raewadee Bon Rit (kiri) ketika mengendalikan forum kesihatan ‘Usus Sihat, Minda Lagi Hebat’ bersama ahli panel Dr Wan Azdie dan Fatin Eilyana.

Menurutnya, usaha itu untuk membantu orang ramai membuat pilihan lebih baik untuk penjagaan kesihatan termasuk kesihatan usus.

“Kali ini, kami ingin memberi pendedahan kepada orang ramai tentang kepentingan penjagaan usus dan hubungannya dengan kesihatan mental.

“Usus yang sihat dan seimbang bukan sahaja dapat melancarkan penghadaman malah mampu mempengaruhi emosi, mood dan fungsi kognitif seseorang secara positif,” katanya pada majlis perasmian penutup program itu.

Artikel Berkaitan:

Turut hadir Penolong Pengarah Unit Komunikasi Korporat Pejabat Pengarah Kampus UIAM Kampus Kuantan, Mohammad Habib Ahmad dan Pengurus Kanan Jabatan Perhubungan Awam dan Sains, Yakult (Malaysia) Sdn Bhd, Lim Siew Ling.

Mazlyn Mena (kiri) dan Mohammad Habib menyempurnakan majlis perasmian penutup program Usus Sihat, Minda Lagi Hebat disaksikan Lim Siew Ling.
Mazlyn Mena (kiri) dan Mohammad Habib menyempurnakan majlis perasmian penutup program Usus Sihat, Minda Lagi Hebat disaksikan Lim Siew Ling.

Jelas Mazlyn Mena, pengambilan probiotik seperti Lacticaseibacillus paracasei Shirota strain (LcS) setiap hari boleh membantu mengekalkan keseimbangan bakteria baik dalam usus sekali gus menyokong penghadaman dan fungsi usus secara umum.

Katanya, berdasarkan kajian saintifi k melibatkan sekumpulan pelajar universiti perubatan tahun akhir di Jepun mendapati, mereka yang mengambil probiotik Shirota strain setiap hari selama lapan minggu berturut-turut menunjukkan penghasilan hormon tekanan (kortisol) yang lebih rendah berbanding kumpulan pelajar yang tidak mengambil probiotik.

“Hasil kajian turut mendapati Shirota strain mampu mengurangkan gejala ketidakselesaan abdomen seperti sakit perut dan selesema akibat tekanan akademik,” katanya.

Kempen ‘Usus Sihat, Minda Lagi Hebat’ mendapat sambutan yang menggalakkan apabila disertai lebih 100 pengunjung dalam kalangan masyarakat sekitar.

Pelbagai aktiviti bermanfaat

Mazlyn Mena (dua dari kanan) menyampaikan hadiah kepada pemenang tempat pertama Pertandingan Mencipta Smoothie, Smooth Your Gut.
Mazlyn Mena (dua dari kanan) menyampaikan hadiah kepada pemenang tempat pertama Pertandingan Mencipta Smoothie, Smooth Your Gut.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang program antaranya, Pertandingan Mencipta Smoothie, Smooth Your Gut menggunakan kreativiti peserta menyediakan minuman smoothie berasaskan Yakult.

Kanak-kanak juga diberi peluang belajar menyediakan hidangan yang sihat menerusi Bengkel Makanan Minda: Poket Mesra Usus. Turut disediakan pemeriksaan kesihatan dan pameran oleh Alpro Pharmacy Sdn Bhd dan Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Pahang.

Program itu turut diisi dengan sesi forum kesihatan bertajuk Usus Sihat, Minda Lagi Hebat oleh dua ahli panel terdiri pensyarah dari Jabatan Sains Pemakanan, Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, UIAM Kampus Kuantan, Prof Madya Dr Wan Azdie Mohd Abu Bakar dan Kaunselor Berdaftar dari Pusat Asasi UIAM Gambang, Fatin Eilyana Afandi.

Forum dikendalikan Penyelaras Perhubungan Awam dan Sains merangkap Pegawai Dietetik Yakult, Raewadee Bon Rit.

Program berlangsung meriah dengan pelbagai hadiah menarik disediakan melalui pertandingan, cabutan bertuah dan cenderahati kepada peserta program semasa majlis perasmian penutup.

 

 

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!