Doa seluruh masyarakat iringi misi Global Sumud Flotilla - PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
A
A
A

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan sokongan penuh terhadap Misi bantuan kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang kini sedang berlayar ke perairan antarabangsa berhampiran Greece sebelum menuju ke Gaza.

Anwar menerusi laman Facebook berkata, doa tulus daripada seluruh masyarakat mengiringi misi pelayaran kemanusiaan GSF.

"Semoga usaha ini menjadi sinar harapan buat rakyat Gaza yang sedang diuji dan menjadi saksi kepada kesatuan nurani kemanusiaan sejagat.

"GSF menuju ke Gaza bukan dengan senjata perang, tetapi janji bantuan untuk rakyat yang terkepung. Ini adalah satu misi kemanusiaan dan kita mesti melakukan segala yang termampu untuk memastikan ia sampai ke destinasinya," ujarnya pada Isnin.

Pelayaran GSF merentasi Laut Mediterranean yang membawa makanan, ubat-ubatan dan mesej keamanan, dijadualkan tiba di perairan Gaza pada akhir bulan ini, membabitkan lebih 1,000 sukarelawan yang menaiki hampir 70 bot dengan satu matlamat iaitu memecah kepungan terhadap Gaza.

GSF menghimpunkan gabungan antarabangsa dari Eropah, Asia, Afrika Selatan, Amerika Latin dan Timur Tengah, dengan semua delegasi menekankan prinsip tanpa keganasan serta peranan kapal sebagai simbol solidariti masyarakat dunia terhadap krisis Gaza.

Tambah Anwar, berpatah balik merupakan satu pengkhiatan bukan sahaja kepada misi itu tetapi juga amanah diberikan untuk mempertahankan dan melindungi mereka tertindas.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan sokongan penuh terhadap Misi bantuan kemanusiaan Global Sumud Flotilla yang menuju ke Gaza
  • Doa tulus dari seluruh masyarakat mengiringi misi pelayaran kemanusiaan ini
  • GSF menyampaikan makanan, ubat-ubatan dan mesej keamanan dengan melibatkan lebih 1,000 sukarelawan menaiki hampir 70 bot
  • GSF merupakan gabungan antarabangsa yang menekankan prinsip tanpa keganasan dan menjadi simbol solidariti dunia terhadap krisis Gaza
  • Anwar menyatakan berpatah balik dari misi ini merupakan pengkhianatan terhadap amanah untuk mempertahankan dan melindungi mereka tertindas

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!