Masuk zon mencabar, kapal GSF bergerak formasi lebih rapat - ZRA

SHAH ALAM - Kumpulan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza kini mengambil langkah berjaga-jaga dengan berlayar dalam formasi kapal yang lebih rapat, susulan insiden kekecohan melibatkan kehadiran dron pada malam Ahad.
Pempengaruh, ZRA Strim atau nama sebenarnya Zainal Rashid Ahmad berkata, pelayaran merentas Laut Mediterranean yang telah memasuki hari keempat itu kini dilaporkan telah menuju zon lebih mencabar.
“Ada beberapa kekecohan pada malam tadi (Ahad) mengenai dron tetapi kita tidak boleh sahkan. Apa pun semua berada dalam semangat yang tinggi untuk bergerak kerana kami telah mula mengambil langkah siap siaga.
“Semua kapal ini mula bergerak dalam bentuk formasi yang lebih dekat. Kesemuanya adalah 53 buah kapal yang bergerak daripada pelabuhan sebelum ini seperti Barcelona, Tunisia dan Catania,” katanya menerusi hantaran video di Facebook pada Isnin.

Ujar Zainal, misi kumpulan yang melibatkan seramai 500 pelayar itu turut dikawal oleh tiga buah kapal pemantau.
“Dijangka kami selamat tiba di Gaza insya-ALLAH, sekiranya tiada bentuk halangan atau tindakan memintas kapal ini.
“Untuk rakyat Malaysia, hari ini terus bersoladiriti bersama dengan masyarakat Eropah yang mengadakan demonstrasi untuk menyokong pembentukan Palestin merdeka yang akan diundi pada hari ini.
“Kami yakin sama ada misi ini berjaya atau tidak, Sumud Nusantara yang kedua, ketiga dan seterusnya akan diteruskan oleh rakyat Malaysia,” ujarnya.
Ringkasan AI
- Kumpulan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla ke Gaza mengambil langkah berjaga-jaga dengan berlayar dalam formasi kapal yang lebih rapat susulan insiden kekecohan melibatkan dron
- Pelayaran merentas Laut Mediterranean telah memasuki hari keempat dan menuju zon lebih mencabar
- Semua kapal bergerak dalam bentuk formasi yang lebih dekat dengan jumlah keseluruhan adalah 53 buah kapal dari pelabuhan seperti Barcelona, Tunisia dan Catania
- Misi yang melibatkan seramai 500 pelayar itu turut dikawal oleh tiga buah kapal pemantau
- Dijangka selamat tiba di Gaza, misi ini mendapat sokongan dari rakyat Malaysia bersama masyarakat Eropah yang mengadakan demonstrasi untuk menyokong pembentukan Palestin merdeka
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

