Remaja autisme ditemui di Lebuhraya Kesas diserahkan kepada keluarga

Laporan Sinar Harian pada 20 September 2025. Gambar kecil: Muhamad Farid
Laporan Sinar Harian pada 20 September 2025. Gambar kecil: Muhamad Farid
A
A
A

SERDANG - Ahli keluarga remaja autisme yang ditemui duduk bersendirian di laluan motosikal di Kilometer 43.2 Lebuhraya Shah Alam (Kesas), di sini berjaya dikesan pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, pihaknya telah menerima satu laporan pada jam 10 malam yang dibuat ibu mangsa di Balai Polis Petaling, Kuala Lumpur untuk mengambil remaja berusia 14 tahun itu daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menurutnya, siasatan mendapati remaja berkenaan keluar dari rumahnya di Taman Sri Sentosa, Kuala Lumpur dalam keadaan marah pada jam 5.50 petang, Jumaat.

"Kebiasaannya mangsa akan pulang semula ke rumah.

"Namun selepas remaja itu didapati tidak pulang, ibunya membuat hantaran di Facebook untuk mendapatkan bantuan orang ramai mengesan anaknya," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Jelasnya, wanita itu kemudian menerima panggilan daripada seorang lelaki yang memintanya berhubung dengan Balai Polis Puchong Jaya pada 6.30 petang, Ahad.

Katanya, ibu remaja itu kemudian menghubungi balai polis berkenaan bagi menyemak status anaknya sebelum dirujuk kepada pihak JKM untuk urusan mengambil anaknya yang kini berada di Wad Kanak-kanak Hospital Shah Alam.

"Polis mengucapkan terima kasih kepada orang ramai dan media yang membantu dalam usaha mengesan waris atau penjaga remaja berkenaan," ujarnya.

Pada Sabtu, media melaporkan kenyataan pihak polis yang giat mengesan ahli keluarga atau waris mangsa yang dijumpai oleh penunggang motosikal.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Ahli keluarga remaja autisme yang ditemui duduk bersendirian di Lebuhraya Shah Alam berjaya dikesan
  • Ibu remaja itu membuat laporan di Balai Polis Petaling untuk mengambil anaknya dari JKM
  • Remaja itu keluar dari rumah dalam keadaan marah dan tidak pulang seperti biasa
  • Ibu remaja menerima panggilan untuk berhubung dengan Balai Polis Puchong Jaya berkaitan status anaknya
  • Polis berterima kasih kepada orang ramai dan media atas bantuan mengesan waris remaja tersebut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!