Polis cari waris remaja autisme ditemui di Lebuhraya Kesas

SERDANG – Polis sedang mencari keluarga atau waris kepada seorang remaja lelaki autisme yang dijumpai di lorong motosikal Kilometer 43.2 Lebuhraya Shah Alam (Kesas), di sini, pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad, berkata remaja tempatan berusia 14 tahun itu ditemui duduk seorang diri oleh seorang penunggang motosikal pada jam 9.13 malam.
“Remaja itu telah diserahkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk jagaan sementara dan tindakan lanjut.
“Pihak polis meminta keluarga, waris atau orang ramai yang mengenali remaja ini supaya hadir atau menghubungi Balai Polis Puchong Jaya di talian 03-80752222,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Ringkasan AI
- Polis mencari keluarga remaja lelaki autisme dijumpai di lorong motosikal Lebuhraya Shah Alam
- Ketua Polis Daerah Serdang berkata remaja itu berusia 14 tahun dan ditemui duduk seorang diri
- Remaja itu diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk jagaan sementara
- Polis meminta keluarga atau waris menghubungi Balai Polis Puchong Jaya
- Penemuan remaja berlaku pada jam 9.13 malam Jumaat
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
