Bunyi siren tanda perintah berkurung bermula di Jordan

Perintah berkurung berkurung dikuatkuasakan di seluruh Jordan untuk tempoh masa tidak diketahui sehingga notis dikeluarkan. - Foto Agensi
Perintah berkurung berkurung dikuatkuasakan di seluruh Jordan untuk tempoh masa tidak diketahui sehingga notis dikeluarkan. - Foto Agensi
A
A
A

AMMAN - Jordan melaksanakan perintah berkurung di seluruh negara sebagai usaha untuk membendung penularan koronavirus (Covid-19).

Siren turut dibunyikan menandakan bermulanya langkah itu hari ini sekali gus mengehadkan pergerakan 10 juta penduduk kecuali untuk urusan kecemasan dan perkhidmatan penting.

Tentera telah menempatkan ribuan anggota mereka di kebanyakan laluan di seluruh bandar utara di seluruh Amman untuk menguatkuasakan perintah berkurung tersebut.

Menurut tentera, mana-mana individu yang melanggar perintah itu boleh dihukum penjara sehingga 12 bulan.

Langkah itu dibuat selepas pemerintah Jordan, Raja Abdullah mengisytiharkan darurat pada awal minggu lalu.

Semalam, Menteri Kesihatan, Saad Fayez Jaber memaklumkan sebanyak 85 kes jangkitan telah direkodkan.

Amman turut menutup lintasan sempadan melalui jalan darat dan laut dengan Syria, Iraq, Mesir dan Israel serta menggantung kesemua penerbangan dari dan ke luar negara sejak Selasa lalu. - Agensi

Artikel Berkaitan: