Amirudin dilantik Pengerusi MPN

Amirudin Shari - Foto Bernama
Amirudin Shari - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - PKR Selangor mengumumkan senarai lantikan ahli Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor bagi penggal 2018-2021.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dilantik sebagai Pengerusi MPN manakala Timbalan Pengerusi digalas Adun Kajang, Hee Loy Sian.

Borhan Aman Shah, Dr Shathis Kumar dan Senator Dr Yaakob Sapari dilantik menjadi Naib Pengerusi 1, Naib Pengerusi 2 dan Naib Pengerusi 3.

Manakala Radzlan Jalaludin dilantik sebagai Setiausaha; Zakaria Abd Rahim (Setiausaha Pengelola); Lee Chin Cheh (Bendahari) dan Elizabeth Wong sebagai Ketua Penerangan.

Amirudin berkata, pelantikan tersebut diputuskan hasil beberapa siri perbincangan dengan pemimpin PKR termasuk Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Saya harap ahli MPN dilantik dapat laksanakan tanggungjawab dan maju bersama untuk jayakan agenda demi kemaslahatan rakyat negeri Selangor,” katanya menerusi satu kenyataan media kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, jawatan Pengarah Jentera Pilihanraya Negeri digalas Yahya Shaari manakala jawatan Pengarah Strategik dan Pengarah Komunikasi PKR Selangor masing-masing dijawat Datuk Khalid Jaafar dan Saifuddin Shafi Muhammad.

Jawatan Ketua AMK Negeri digalas Najwan Halimi manakala Ketua Wanita Negeri dijawat Dr Daroyah Alwi.

Artikel Berkaitan:

“Semua ketua cabang di Selangor menjadi ahli tetap manakala jawatan ahli lantikan digalas Haniza Talha; Rodziah Ismail; Hilman Idham; Talib Bujang dan Fauzi Ahmad

Senarai Ahli Majlis Pimpinan Negeri Selangor Penggal 2018-2021 :

Pengerusi: Amirudin Shari

Timbalan Pengerusi: Hee Loy Sian

Naib Pengerusi 1: Borhan Aman Shah

Naib Pengerusi 2 : Dr Shathis Kumar

Naib Pengerusi 3 : Senator Dr Yaakob Sapari

Setiausaha : Radzlan Jalaludin

Setiausaha Pengelola : Zakaria Abd Rahim

Bendahari : Lee Chin Cheh

Ketua Penerangan : Elizabeth Wong

Pengarah Jentera Pilihanraya Negeri: Yahya Shaari

Pengarah Strategik : Datuk Khalid Jaafar

Pengarah Komunikasi : Saifuddin Shafi Muhammad

Ketua AMK Negeri : Najwan Halimi

Ketua Wanita Negeri : Dr Daroyah Alwi

Ahli Tetap : Semua Ketua-Ketua Cabang Negeri Selangor

Ahli Lantikan : 1 Haniza Talha

2 Rodziah Ismail

3 Hilman Idham

4 Talib Bujang

5 Fauzi Ahmad