Karnival KPDN 2025: Zon Utara bakal meriahkan Sungai Petani

Acara selama tiga hari ini dijangka menarik pengunjung dari negeri-negeri di Utara tanah air iaitu Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak, dengan pelbagai pengisian yang merangkumi aspek ekonomi, kerjaya, seni, dan hiburan.
Acara selama tiga hari ini dijangka menarik pengunjung dari negeri-negeri di Utara tanah air iaitu Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak, dengan pelbagai pengisian yang merangkumi aspek ekonomi, kerjaya, seni, dan hiburan.
A
A
A

SHAH ALAM - Siri Jelajah Karnival Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) 2025 kini tiba di Zon Utara, yang akan berlangsung di Dataran Amanjaya Mall, Sungai Petani, dari 26 hingga 28 September 2025.

Selepas kejayaan di Zon Selatan (Johor), Sabah dan Sarawak, Kedah kini dipilih sebagai hentian keempat siri jelajah ini.

Acara selama tiga hari ini dijangka menarik pengunjung dari negeri-negeri di Utara tanah air iaitu Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak, dengan pelbagai pengisian yang merangkumi aspek ekonomi, kerjaya, seni, dan hiburan.

Jualan RAHMAH 56 jam tanpa henti

Salah satu tarikan utama karnival ini dan julung kali diadakan ialah Jualan RAHMAH 56 jam tanpa henti, yang bermula dari jam 10 pagi Jumaat hingga 6 petang Ahad.

Ini merupakan peluang keemasan untuk orang ramai mendapatkan barangan keperluan harian pada harga yang lebih berpatutan.

Pelbagai aktiviti dan program menarik menanti

Selain sesi Pocket Talk yang akan berkongsi maklumat penting daripada agensi-agensi terlibat, karnival ini juga menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga. Antaranya Meet & Greet Didi & Friends dan pertandingan mewarna yang pasti menceriakan suasana.

Tidak ketinggalan, persembahan pentas dari artis-artis terkenal tempatan seperti Usop Mentor, Iman Troye dan Black Hanifah serta persembahan nasyid. Karnival ini akan diakhiri dengan persembahan penutup oleh kumpulan Darulaman Busker.

Artikel Berkaitan:

Selain hiburan, karnival ini turut memberi tumpuan kepada peluang kerjaya melalui Karnival Kerjaya MyFutureJobs yang diadakan dengan kerjasama PERKESO, menawarkan ratusan peluang pekerjaan daripada pelbagai bidang.

Antara pengisian lain ialah pelbagai pertandingan yang diadakan meliputi semua peringkat umur seperti Art Battle Graffiti, Pertandingan Nyanyian Patriotik Cilik, Explorasi Mini KPDN, e-sports, band showdown dan banyak lagi.

Masuk percuma dan menang hadiah menarik

Kemasukan adalah percuma untuk semua pengunjung. Anda juga berpeluang menyertai Cabutan Bertuah dengan pelbagai hadiah menarik seperti Proton S70, Perodua Alza & Modenas Kriss 110 sepanjang karnival berlangsung.

Sokongan terhadap produk tempatan

Kempen Beli Barangan Malaysia yang turut diadakan bakal terus mengangkat tema ‘Jom Beli Lokal  siri untuk terus mendukung usaha kerajaan memperkasakan ekonomi rakyat dengan menggalakkan sokongan terhadap produk-produk tempatan.

“Ikhtiar KITA untuk semua”

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!