Polis siasat bunyi letupan sekitar Stadium Shah Alam

Beberapa hantaran dimuat naik menerusi media sosial mendakwa beberapa bunyi letupan kedengaran sekitar kawasan Shah Alam pada Selasa.
Beberapa hantaran dimuat naik menerusi media sosial mendakwa beberapa bunyi letupan kedengaran sekitar kawasan Shah Alam pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan bunyi letupan kuat di kawasan sekitar Stadium Shah Alam pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, susulan aduan diterima, pihaknya telah menggerakkan anggota bertugas menjalankan pemeriksaan sekitar kawasan tempat letak kenderaan sekitar stadium.

Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim.
Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim.

"Anggota bertugas turut bertanya dengan peniaga gerai makanan di kawasan tapak letak kenderaan di Stadium Shah Alam dan mereka mendakwa terdapat individu bermain mercun bunga api yang meletup di udara di kawasan tapak bazar Ramadan.

"Bagaimanapun pemeriksaan dan pemerhatian di tapak bazar Ramadhan tersebut mendapati tiada individu yang mencurigakan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian diminta menyalurkannya kepada balai polis berhampiran untuk siasatan lanjut.

Terdahulu, tular hantaran di media sosial mendakwa bunyi letupan kedengaran di beberapa lokasi sekitar Shah Alam.

Artikel Berkaitan:

Beberapa individu mendakwa mendengar bunyi letupan tersebut sekitar jam 11 malam dan awal pagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!