Pelabuhan Itali enggan muatkan kontena bahan letupan ke Israel

Pihak berkuasa pelabuhan Ravenna di Itali pada Khamis menolak untuk memuatkan dua kontena berisi bahan letupan yang dijadualkan dihantar ke Israel. Foto Agensi
Pihak berkuasa pelabuhan Ravenna di Itali pada Khamis menolak untuk memuatkan dua kontena berisi bahan letupan yang dijadualkan dihantar ke Israel. Foto Agensi
A
A
A

ROM – Pihak berkuasa Pelabuhan Ravenna di Itali pada Khamis menolak untuk memuatkan dua kontena berisi bahan letupan yang dijadual dihantar ke Israel, susulan permintaan daripada pihak berkuasa tempatan.

Datuk Bandar Ravenna, Alessandro Barattoni dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dibuat selepas menerima maklumat daripada pekerja pelabuhan berhubung ketibaan kontena berkenaan.

“Terima kasih kepada para pekerja pelabuhan yang berani, kami dimaklumkan malam tadi tentang ketibaan dua kontena yang dijadualkan masuk ke Pelabuhan Ravenna hari ini,” katanya.

Ravenna bersama pemimpin wilayah Emilia-Romagna serta pihak berkuasa peringkat daerah merupakan antara pemegang saham pelabuhan tersebut, sekali gus membolehkan mereka menyekat penghantaran itu.

“Kita mesti memilih pendirian, dan Emilia-Romagna serta Ravenna jelas berpihak kepada mangsa tidak berdosa serta tebusan, bukannya kepada kerajaan penjenayah atau pertubuhan pengganas,” tegas pemimpin wilayah itu dalam kenyataan berasingan.

Sementara itu, Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni menyifatkan rancangan Israel untuk menduduki Gaza sebagai tidak boleh diterima.

Terdahulu, pada Jun lalu, pekerja Pelabuhan Marseille di selatan Perancis turut menolak untuk memuatkan peralatan ketenteraan ke Haifa, Israel, dengan alasan mereka enggan “terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai yang dijalankan kerajaan Israel” atau “bersubahat dalam pembantaian tersebut.” - Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Pihak berkuasa Pelabuhan Ravenna di Itali menolak memuatkan dua kontena bahan letupan untuk dihantar ke Israel
  • Datuk Bandar Ravenna, Alessandro Barattoni, membuat keputusan itu selepas diberi maklumat oleh pekerja pelabuhan
  • Ravenna dan pemimpin wilayah Emilia-Romagna berpihak kepada mangsa tidak berdosa bukan kepada kerajaan penjenayah
  • Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni, menyatakan rancangan Israel menduduki Gaza sebagai tidak boleh diterima
  • Pekerja Pelabuhan Marseille sebelum ini juga menolak memuatkan peralatan ketenteraan ke Haifa, Israel

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!