Lebih 1,700 kes demam chikungunya di Selatan China

Demam chikungunya merupakan penyakit berjangkit disebabkan oleh virus chikungunya yang menular kepada manusia melalui gigitan nyamuk. - Gambar hiasan
Demam chikungunya merupakan penyakit berjangkit disebabkan oleh virus chikungunya yang menular kepada manusia melalui gigitan nyamuk. - Gambar hiasan
A
A
A

GUANGZHOU – Sebanyak 1,714 kes demam chikungunya direkodkan di bandar Jiangmen, Wilayah Guangdong, selatan China setakat Jumaat.

Ia sekali gus mendorong pihak berkuasa tempatan melancarkan tindak balas kecemasan kesihatan awam.

Menurut laporan Xinhua, bagaimanapun semua kes yang dilaporkan adalah ringan tanpa sebarang isu serius atau kematian.

Susulan peningkatan kes itu, kerajaan bandar Jiangmen telah mengisytiharkan pelaksanaan Tindak Balas Kecemasan Kesihatan Awam Tahap 3 bagi mengekang penularan penyakit berkenaan.

Demam chikungunya merupakan penyakit berjangkit disebabkan oleh virus chikungunya yang menular kepada manusia melalui gigitan nyamuk.

Antara simptom yang dialami pesakit termasuk demam, ruam serta sakit sendi.

Langkah pencegahan serta kawalan sedang dipergiat bagi membendung penyebaran penyakit tersebut di kawasan terjejas.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Sebanyak 1,714 kes demam chikungunya direkodkan di bandar Jiangmen, Wilayah Guangdong, selatan China
  • Pihak berkuasa tempatan melancarkan tindak balas kecemasan kesihatan awam
  • Semua kes yang dilaporkan adalah ringan tanpa sebarang isu serius atau kematian
  • Kerajaan bandar Jiangmen mengisytiharkan Tindak Balas Kecemasan Kesihatan Awam Tahap 3
  • Demam chikungunya menular kepada manusia melalui gigitan nyamuk, menyebabkan demam, ruam, dan sakit sendi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!