Pemenang pingat Paris 2024 terima ganjaran penajaan dalam dua bulan - RTG

PROGRAM Road To Gold (RTG) mengesahkan semua atlet negara yang memenangi pingat di Sukan Olimpik Paris 2024 dan memenuhi syarat penajaan menerima ganjaran masing-masing dalam tempoh dua bulan.
Dalam satu kenyataan, RTG memaklumkan, pihaknya menerima beberapa tawaran penajaan khusus bagi menghargai atlet negara yang meraih pingat di Paris, selain memastikan semua tawaran direkodkan bagi melindungi hak atlet terbabit.
Penyelaras Program RTG, Datuk Stuart Ramalingam menjelaskan bahawa semua kepentingan komersial atlet dilindungi sepanjang temasya Olimpik berkenaan.
"Kami memastikan setiap tawaran penajaan yang diterima diuruskan dengan teratur, tanpa mengira keputusan di Olimpik.
"Dengan begitu banyak kepentingan membabitkan atlet, adalah penting kami menjamin mereka tidak terlepas peluang sebaik sahaja memenuhi syarat penajaan.
"Selain memastikan semua pihak jelas dengan hak serta tanggungjawab masing-masing demi melindungi kepentingan bersama," katanya. - Bernama
Ringkasan AI
- Program Road To Gold mengesahkan ganjaran untuk atlet menang pingat di Olimpik Paris 2024 dalam dua bulan
- RTG menerima tawaran penajaan khusus untuk atlet negara
- Penyelaras Program RTG, Datuk Stuart Ramalingam, menjaga kepentingan komersial atlet
- Tawaran penajaan diuruskan teratur tanpa mengira keputusan di Olimpik
- Menjamin atlet tidak terlepas peluang penajaan sejak layak
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
