Bayi dua bulan maut ditindih ibu ketika tidur

PARIT – [DIKEMAS KINI] Seorang bayi lelaki berusia dua bulan meninggal dunia akibat lemas selepas ditindih ibunya di sebuah rumah di Jalan Sungai Jejawi, Kampung Sungai Dua Kota Setia, di sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Hafezul Helmi Hamzah berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 8.45 pagi.
Menurutnya, bayi tersebut disahkan meninggal dunia di Hospital Seri Manjung sebelum dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.
“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian ialah otak membengkak dan paru-paru sembab akibat ditindih.
“Hasil siasatan mendapati bayi tersebut lemas ketika sedang tidur bersama suspek yang merupakan ibu kandungnya kerana ditindih atas katil yang sama,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Hafezul Helmi berkata, siasatan ke atas suspek berusia 35 tahun itu dijalankan di bawah Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001.
Katanya, susulan itu, suspek telah ditahan dan dijangka akan dituduh pada Isnin di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian dengan cuai.
Ringkasan AI
- Bayi lelaki meninggal akibat ditindih ibunya ketika tidur
- Kejadian berlaku di rumah di Jalan Sungai Jejawi, Kampung Sungai Dua Kota Setia
- Bayi disahkan meninggal di Hospital Seri Manjung
- Bedah siasat mendapati otak membengkak dan paru-paru sembab akibat ditindih
- Suspek, warga Indonesia, ditahan dan dijangka dituduh menyebabkan kematian dengan cuai
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

