Nahas dua kenderaan: Anggota tentera parah disahkan meninggal dunia

Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Shah Bandar, Taman Bertam Perdana pada petang Sabtu - Foto: JBPM Pulau Pinang
Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Shah Bandar, Taman Bertam Perdana pada petang Sabtu - Foto: JBPM Pulau Pinang
A
A
A

KEPALA BATAS – Seorang anggota tentera yang cedera parah dalam kemalangan di Jalan Shah Bandar, Taman Bertam Perdana, di sini pada petang Sabtu disahkan telah meninggal dunia.

Mangsa, Muhamad Aziq Adnan, 22 disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

Perkara itu disahkan Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang, John Sagun Francis.

"Mangsa meninggal dunia di hospital ketika dirawat," katanya.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan, seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.22 petang itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Tan Kwang Sin, 56 merupakan pemandu kereta jenis Perodua Myvi.

John Sagun berkata, kemalangan itu turut melibatkan sebuah Proton Iswara yang dipandu seorang lelaki berusia 22 tahun yang merupakan seorang anggota tentera.

Tambah beliau, pemandu Myvi disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), manakala penumpang kereta itu yang merupakan seorang wanita mengalami kecederaan parah di tangan kiri.

"Tiada maklumat mengenai mangsa wanita yang merupakan penumpang Perodua Myvi tersebut. Sementara itu, anggota tentera berkenaan mengalami kecederaan parah di bahagian kaki.

Artikel Berkaitan:

“Kedua-dua mangsa yang cedera diserahkan kepada pasukan ambulans KKM untuk tindakan lanjut, manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis bagi proses selanjutnya,” katanya.

Operasi yang turut dibantu polis dan KKM itu tamat sepenuhnya pada jam 7.48 malam.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!