Lima kedai makan musnah terbakar

PETALING JAYA – Lima buah kedai makan di Blok C Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gugusan Kesumbar Kota Damansara, di sini musnah dalam kebakaran pada Jumaat.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.06 petang.
"Seramai 28 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dengan bantuan BBP Damansara, BBP Petaling Jaya dan BBP Hartamas bergegas ke lokasi yang jaraknya sejauh lapan kilometer.
"Kita tiba di lokasi kejadian 14 minit kemudian, mendapati lima buah kedai makan musnah terbakar 100 peratus," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Ahmad Mukhlis berkata, kebakaran turut melibatkan lima buah kenderaan.
"Sebuah Proton Saga terbakar 20 peratus, Proton Wira 60 peratus manakala tiga motosikal mengalami kemusnahan 50 peratus.
"Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kebakaran itu," ujarnya.
Ringkasan AI
- Lima buah kedai makan di Blok C Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gugusan Kesumbar Kota Damansara musnah dalam kebakaran
- Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan kecemasan pada jam 6.06 petang
- Seramai 28 anggota dan pegawai bergegas ke lokasi yang jaraknya sejauh lapan kilometer
- Kebakaran turut melibatkan lima buah kenderaan termasuk sebuah Proton Saga dan Proton Wira
- Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kebakaran itu
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
