Misi flotilla: Demontrasi 60,000 pekerja pelabuhan Itali 22 September ini, Malaysia diajak bersolidariti

GSF melibatkan lebih 40 kapal dengan penyertaan lebih 800 aktivis dari 45 negara. Zainal Rashid Ahmad (kiri).
GSF melibatkan lebih 40 kapal dengan penyertaan lebih 800 aktivis dari 45 negara. Zainal Rashid Ahmad (kiri).
A
A
A

KUALA LUMPUR – Semua pihak di Malaysia termasuk kesatuan sekerja, badan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan masyarakat, organisasi, masjid, surau dan individu digesa menyatakan solidariti terhadap misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang menuju ke Gaza.

Penulis dan aktivis yang kini menyertai misi tersebut, Zainal Rashid Ahmad berkata, gesaan tersebut juga sebagai sokongan kepada Kesatuan Sekerja Pelabuhan Genoa, Itali (USB) yang akan mengadakan demonstrasi besar-besaran pada 22 September ini bagi menyokong konvoi GSF.

Menurutnya, USB dengan keahlian lebih 60,000 orang berikrar akan menutup pelabuhan sekiranya ada gangguan atau tindakan dikenakan terhadap konvoi yang membawa lebih 40 kapal mewakili 45 negara tersebut.

"Pada 22 September 2025, konvoi Global Sumud Nusantara dijangka berada tiga atau empat hari mendekati pantai Gaza. USB meminta agar kesatuan sekerja di seluruh Eropah menjadikan 22 September ini sebagai hari solidariti.

"Dalam masa sama, semua pihak di Malaysia digesa agar turut menyatakan solidariti dengan cara memuat naik sokongan di media baharu, media elektronik, akhbar atau apa juga cara yang relevan,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Jelas beliau, tarikh tersebut juga signifikan kerana akan berlangsungnya pengundian untuk membentuk Palestin Merdeka.

Justeru, gesaan tersebut adalah usaha bersama untuk Gaza dan perjuangan rakyat Palestin.

"Moga anda semua membantu usaha USB Itali dan sekutu kesatuan sekerja mereka di Eropah bagi menyatakan ini adalah hari memberi perlindungan kepada misi membawa bantuan ke Gaza," katanya.

Zainal yang dikenali sebagai ZRA kini dalam pelayaran menuju Gaza bagi memecah kepungan Israel dalam usaha menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin.

Artikel Berkaitan:

GSF melibatkan lebih 40 kapal dengan penyertaan lebih 800 aktivis dari 45 negara, termasuk tokoh hak asasi manusia, doktor dan sukarelawan kemanusiaan.

Misi tersebut mengulangi usaha antarabangsa terdahulu untuk menyalurkan bantuan secara langsung kepada Gaza walaupun berdepan risiko dihalang atau diserang tentera laut Israel.

Ringkasan AI

  • Kesatuan sekerja, NGO, organisasi dan individu Malaysia digalakkan tunjuk solidariti untuk misi kemanusiaan GSF menuju Gaza
  • USB berikrar tutup pelabuhan jika konvoi GSF diganggu dengan sokongan demonstrasi pada 22 September
  • USB mengajak kesatuan sekerja seluruh Eropah nyatakan hari solidariti pada 22 September sempena konvoi GSF mendekati pantai Gaza
  • Tarikh tersebut penting kerana bertepatan dengan pengundian untuk Palestin Merdeka, simbol usaha bersama untuk Gaza
  • GSF melibatkan lebih dari 40 kapal dan 800 aktivis dari 45 negara bertujuan pecah kepungan Israel dan bawa bantuan ke Gaza

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!