Gaduh baling kerusi ketika pertunjukan wayang, 10 individu ditahan

Tangkap layar video tular insiden pergaduhan ketika upacara keagamaan di Padang Awam Li Chi, Kampung Abdullah, Segamat.
Tangkap layar video tular insiden pergaduhan ketika upacara keagamaan di Padang Awam Li Chi, Kampung Abdullah, Segamat.
A
A
A

SEGAMAT – Polis menahan seramai 10 individu berusia antara 14 hingga 56 tahun selepas terbabit dalam pergaduhan di Padang Awam Li Chi, Kampung Abdullah, yang video kejadiannya tular di media sosial.

Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superintenden Ng Swie Chait berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku pada kira-kira jam 11.58 malam, Rabu lalu.

Jelas beliau, pergaduhan terjadi ketika berlangsung pertunjukan wayang Hokkien dan kugiran sempena sembahyang ‘Bulan Tujuh’.

Tangkap layar video tular insiden pergaduhan ketika upacara keagamaan di Padang Awam Li Chi, Kampung Abdullah, Segamat.
Tangkap layar video tular insiden pergaduhan ketika upacara keagamaan di Padang Awam Li Chi, Kampung Abdullah, Segamat.

"Kesemua suspek telah ditahan pada Khamis. Soal siasat terhadap kesemua suspek yang ditahan dan mereka mengaku terbabit dalam pergaduhan itu

“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera menggunakan senjata berbahaya serta Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana memiliki senjata maut dalam rusuhan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, polis turut merampas beberapa kerusi plastik dipercayai digunakan semasa kejadian.

“Permit pertunjukan wayang Hokkien dan kugiran berkenaan juga dibatalkan serta-merta oleh Pejabat Daerah Segamat,” ujarnya.

Beliau turut menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada serta menyalurkan sebarang maklumat berhubung kejadian jenayah kepada polis di balai berdekatan atau menghubungi talian hotline IPD Segamat di 07-9324222.

Artikel Berkaitan:

-

Ringkasan AI

  • Polis menahan 10 individu berusia antara 14 hingga 56 tahun terbabit dalam pergaduhan di Kampung Abdullah
  • Pergaduhan berlaku semasa pertunjukan wayang Hokkien dan kugiran sempena sembahyang Bulan Tujuh
  • Suspek ditahan dan mengaku terbabit dalam pergaduhan
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 324 dan 148 Kanun Keseksaan
  • Permit pertunjukan wayang Hokkien dan kugiran dibatalkan serta-merta

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!