Semak segera cip MyKad, elak terlepas subsidi RON95 - Saifuddin

SHAH ALAM - Rakyat Malaysia diingatkan supaya menyemak cip MyKad masing-masing segera bagi memastikan mereka tidak terlepas peluang membeli minyak pada harga subsidi RM1.99 seliter apabila pelaksanaan subsidi RON95 secara bersasar dilaksanakan.
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, MyKad adalah dokumen wajib untuk mendapatkan harga minyak lebih rendah daripada RM2.
“MyKad penting sebab nanti kita hendak pergi beli minyak dengan harga subsidi RM1.99, iaitu tidak sampai RM2. Wajib ada MyKad untuk digunakan di pam minyak.
"MyKad mengesahkan status rakyat Malaysia bagi mendapatkan harga minyak subsidi RM1.99,” katanya.
Beliau menegaskan, pengguna terutama yang mengalami kerosakan cip MyKad dinasihatkan membuat penggantian dengan kadar segera supaya tiada masalah pada masa akan datang.
"Jika cip MyKad rosak, pembelian minyak pada harga subsidi tidak boleh dilakukan. Minyak masih boleh dibeli, tetapi pada harga RM2.50,” jelasnya.
Ringkasan AI
- Rakyat Malaysia diingatkan untuk menyemak cip MyKad bagi memastikan keupayaan membeli minyak dengan harga subsidi RM1.99 seliter
- MyKad merupakan dokumen wajib untuk mendapatkan minyak pada harga subsidi
- Pentingnya MyKad disebabkan butirannya mengesahkan status rakyat Malaysia untuk membeli minyak pada harga RM1.99
- Pengguna dengan cip MyKad rosak dinasihatkan membuat penggantian segera untuk mengelak masalah pembelian minyak subsidi
- Tanpa MyKad yang berfungsi, minyak boleh dibeli tetapi pada harga RM2.50
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!


