Dua pelajar tampar rakan dikenakan bon berkelakuan baik setahun

Salah seorang pelajar hadir ke Mahkamah Majistret Kajang pada Khamis, bagi menghadapi satu pertuduhan berkelakuan kurang sopan, dua bulan lalu.
Salah seorang pelajar hadir ke Mahkamah Majistret Kajang pada Khamis, bagi menghadapi satu pertuduhan berkelakuan kurang sopan, dua bulan lalu.
A
A
A

KAJANG – Dua pelajar Tingkatan Satu yang tular menampar rakan sekelas dikenakan bon berkelakuan baik selama setahun oleh Mahkamah Majistret, di sini pada Khamis.

Majistret Fatin Dayana Jalil mengeluarkan arahan terhadap dua pelajar berusia 13 tahun itu selepas mereka mengekalkan pengakuan bersalah dalam prosiding sebutan kes untuk laporan akhlak sebelum hukuman dijatuhkan.

Ketika ditemui di luar mahkamah, peguam Lee Tee Kiat yang mewakili kedua-dua tertuduh juvana berkata, semasa prosiding, pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mencadangkan hukuman bon berkelakuan baik, dalam prosiding yang dijalankan secara tertutup memandangkan mereka merupakan pesalah bawah umur.

Katanya, mahkamah kemudiannya meneliti laporan akhlak remaja berkenaan dan berpuas hati bahawa mereka wajar diberi peluang kedua untuk memperbaiki diri.

Beliau berkata, semasa prosiding, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Syafiq Mohd Zulbahrin mencadangkan agar kedua-dua pesalah juvana dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran.

"Bagaimanapun, saya merayu agar mahkamah menerima cadangan JKM memandangkan anak guam masih muda dan boleh dibentuk menjadi insan yang berguna.

"Kini, mereka bersama ibu bapa masing-masing telah mengikuti sesi kaunseling.

Salah seorang pelajar hadir ke Mahkamah Majistret Kajang pada prosiding lalu, bersama bapanya bagi menghadapi satu pertuduhan berkelakuan kurang sopan, dua bulan lalu.
Salah seorang pelajar hadir ke Mahkamah Majistret Kajang pada prosiding lalu, bersama bapanya bagi menghadapi satu pertuduhan berkelakuan kurang sopan, dua bulan lalu.

Artikel Berkaitan:

"Susulan itu, mahkamah membenarkan cadangan JKM tanpa mengenakan sebarang cagaran, dan mahkamah turut mengekalkan ikat jamin terhadap anak guam," katanya.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama berkelakuan kurang sopan dengan cara menampar rakan sekelas di tempat awam bagi tujuan mengganggu keamanan, di sebuah pusat beli-belah di sini pada jam 11 pagi, 30 Julai lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100, jika sabit kesalahan.

Pada 1 Ogos lalu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, gara-gara tidak berpuas hati, sekumpulan pelajar sekolah bertindak membelasah rakan sekelas mereka di lokasi kejadian.

Insiden itu kemudiannya tular di media sosial, memaparkan mangsa ditumbuk dan ditampar oleh dua rakan pada jam 11 pagi tersebut.

Ringkasan AI

  • Dua pelajar Tingkatan Satu tular menampar rakan sekelas dikenakan bon berkelakuan baik selama setahun oleh Mahkamah Majistret Kajang
  • Mahkamah menerima cadangan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk hukuman bon berkelakuan baik kepada dua pelajar berusia 13 tahun
  • Peguam Lee Tee Kiat menyatakan kedua-dua tertuduh juvana berpeluang untuk diperbaiki diri setelah meneliti laporan akhlak
  • Timbalan Pendakwa Raya mencadangkan hukuman sebagai pengajaran tetapi peguam merayu berdasarkan usia anak guam yang masih muda
  • Dua pelajar tersebut didakwa menampar rakan sekelas di pusat beli-belah sebagai tindakan kurang sopan dan mengganggu keamanan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!