Harga RON95 kekal, RON97 dan diesel naik tiga sen seliter - MOF

Harga runcit petrol RON97 meningkat tiga sen dari RM3.18 kepada RM3.21 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 September ini. Gambar hiasan
Harga runcit petrol RON97 meningkat tiga sen dari RM3.18 kepada RM3.21 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 September ini. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Harga runcit RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter, manakala RON97 meningkat tiga sen daripada RM3.18 kepada RM3.21 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 September ini.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan bagi tempoh sama, harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia turut naik tiga sen daripada RM2.90 kepada RM2.93 seliter, manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.

Menurut MOF penetapan harga itu berdasarkan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

"Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit petrol RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak serta menyokong kestabilan harga," menurut kenyataan itu.

MOF memaklumkan kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Harga runcit RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter
  • RON97 meningkat tiga sen dari RM3.18 kepada RM3.21 seliter
  • Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia naik tiga sen dari RM2.90 kepada RM2.93 seliter
  • Di Sabah, Sarawak dan Labuan, harga diesel kekal pada RM2.15 seliter
  • Penetapan harga produk petroleum berdasarkan Mekanisme Harga Automatik

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!