Jasad mangsa serangan di Haiti dimakan anjing

Haiti, negara termiskin di belahan bumi Barat telah dilanda peningkatan keganasan.
Haiti, negara termiskin di belahan bumi Barat telah dilanda peningkatan keganasan.
A
A
A

Port-au-Prince - Jasad mangsa serangan geng berdarah di Haiti ditemui dimakan anjing selepas lama terbiar di kawasan semak berdekatan.

Dipetik agensi berita AFP, peristiwa serangan itu berlaku pada 11 dan 12 September di wilayah utara Ibu Kota Haiti, Port-au-Prince.

Serangan ini merupakan pembunuhan beramai-ramai terbaharu yang mengerikan di negara Caribbean yang dilanda krisis.

Jaringan Pertahanan Hak Asasi Manusia Nasional (RNDDH) dalam satu laporan memaklumkan terdapat beberapa mangsa yang masih belum ditemui.

Malah mayat-mayat juga belum dievakuasi.

“Hingga 14 September 2025, beberapa mangsa masih belum ditemui, sementara mayat-mayat masih terbiar di semak-semak, dimakan oleh anjing,” katanya.

Haiti, negara termiskin di belahan bumi Barat telah dilanda peningkatan keganasan.

Sebahagian besar wilayah negara tersebut dan ibu kota Haiti sehingga kini berada di bawah kawalan geng-geng bersenjata.

Keadaan semakin memburuk pada awal 2024, pada waktu itu sebuah koalisi geng melancarkan gelombang serangan yang menyebabkan pengunduran diri Perdana Menteri Ariel Henry dan penyerahan kuasa kepada dewan transisi presidensial.

Artikel Berkaitan:

Ariel Henry mengemukakan pengunduran diri rasminya ketika badan pemerintahan baharu yang dianggotai sembilan orang ditugaskan untuk memulihkan ketertiban.

Ringkasan AI

  • Jasad mangsa serangan geng di Haiti ditemui dimakan anjing di kawasan semak
  • Peristiwa serangan itu berlaku pada 11 dan 12 September di wilayah utara Ibu Kota Haiti, Port-au-Prince
  • Serangan ini merupakan pembunuhan beramai-ramai terbaharu di Haiti
  • Beberapa mangsa serangan masih belum ditemui dan mayat belum dievakuasi
  • Haiti mengalami peningkatan keganasan dengan geng-geng bersenjata menguasai sebahagian besar wilayah negara termasuk ibu kota

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!