Pengajaran penting dari Nepal

Penduduk tempatan membersihkan runtuhan sebuah pasar raya yang terbakar selepas ia dibakar ketika tunjuk perasaan di Kathmandu pada 13 September 2025. Foto AFP
Penduduk tempatan membersihkan runtuhan sebuah pasar raya yang terbakar selepas ia dibakar ketika tunjuk perasaan di Kathmandu pada 13 September 2025. Foto AFP
A
A
A

GENERASI muda di Nepal telah melakukan suatu perkara yang amat luar biasa dan unik selepas kerajaan negara itu runtuh dalam protes berdarah yang mengorbankan 72 nyawa baru-baru ini.

Mereka menggunakan undian secara maya dengan menggunakan Discord iaitu platform mesej percuma yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan sering digunakan oleh pemain game dalam talian.

Discord membolehkan pengguna berhubung menerusi teks, panggilan suara, video dan perkongsian media, malah boleh berkomunikasi menerusi penghantaran mesej secara terus atau antara komuniti.

Platform ini antara yang telah diharamkan oleh kerajaan Nepal terdahulu termasuk Instagram, Twitter dan YouTube. Gerakan itu dimulakan oleh Hami Nepal, iaitu kumpulan Gen Z yang menggerakkan protes bersama 160,000 ahli.

Mereka mengendalikan satu rangkaian yang dikenali sebagai Youth Against Corruption, yang telah membuka ruang Discord untuk berdebat secara terbuka mengenai calon pemimpin Nepal yang baharu.

Akhirnya mereka sepakat untuk memilih bekas Ketua Hakim Mahkamah Tinggi, Sushila Karki yang berusia 73 tahun untuk menjadi perdana menteri interim.

Jadi apa yang kita boleh belajar dari Nepal? Yang pertama ialah suara generasi muda sejak dari dahulu hingga kini terus memainkan peranan signifikan dalam politik negara.

Malaysia juga sudah ada pengalaman itu sejak sekian lama dan kini menerusi gerakan Undi18 menyaksikan golongan muda berusia 18 tahun boleh menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Kedua ialah media sosial yang kini berada dalam genggaman generasi muda. Jadi jangan tutup ruang mereka untuk bersuara.

Artikel Berkaitan:

Ketiga ialah memastikan negara ditadbir dengan ketelusan dan penuh tanggungjawab. Segala tindakan perlu diberi penjelasan secukupnya, atau bersedialah untuk dihujat di media sosial.

Kesimpulannya pemimpin-pemimpin di Malaysia perlu ambil iktibar daripada apa yang telah berlaku bukan sahaja di Nepal, malah pengalaman jiran kita iaitu Indonesia.

Mujur Presiden Probowo Subianto segera mengambil tindakan tegas dan pantas dengan melakukan rombakan Kabinet termasuk menggantung anggota Dewan Perwakilan Rakyat.

Jadi yang penting ialah memimpinlah dengan kebijaksanaan dan hikmah, insya-ALLAH Malaysia akan terus aman damai.

Ringkasan AI

  • Generasi muda di Nepal menggunakan Discord untuk undian maya selepas kerajaan runtuh
  • Discord diharamkan oleh kerajaan Nepal bersama Instagram, Twitter dan YouTube
  • Kumpulan Gen Z, Hami Nepal, menggerakkan protes dengan 160,000 ahli
  • Youth Against Corruption membuka ruang Discord untuk debat pemilihan pemimpin baru
  • Sepakat memilih Sushila Karki sebagai perdana menteri interim

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!