Mangsa terakhir tanah runtuh budak 10 tahun ditemui

Mangsa terakhir tanah runtuh di Kampung Marahang Tuntul, Papar ditemui pada jam 8.45 malam Isnin. - Foto: JBPM Sabah
Mangsa terakhir tanah runtuh di Kampung Marahang Tuntul, Papar ditemui pada jam 8.45 malam Isnin. - Foto: JBPM Sabah
A
A
A

PAPAR - Mangsa terakhir tertimbus dalam kejadian tanah runtuh menghempap rumah di Kampung Marahang Tuntul di sini melibatkan kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun akhirnya ditemui jam  jam 8.45 malam pada Isnin.

Identiti mangsa yang terkorban dalam kejadian ini dikenali sebagai Wong Moi Ling, 34; Christen Kell Benny, 6, dan Kemiey Asphereynda Benny, 10.

Penemuan tersebut sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan mangsa tertimbus akibat kejadian tanah runtuh yang berlaku di negeri ini adalah seramai 12 orang termasuk tiga di Kampung Marahang Tuntul.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Pisar Aziz berkata, bagi kejadian di Kampung Marahang Tuntul, Papar melibatkan tiga mangsa.

"Mangsa pertama berjaya ditemui pada jam 4.20 petang, mangsa kedua ditemui jam 4.25 petang manakala mangsa ketiga ditemui pada jam 10.45 malam.

"Operasi mengeluarkan mangsa dilakukan oleh pasukan bomba dan turut dibantu oleh pasukan penyelamat lain dan ketiga-tiganya berjaya dikeluarkan dari runtuhan tersebut," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Katanya lagi, kesemua mangsa bagaimanapun telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan kesihatan dan mayat diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut. 

"Susulan penemuan mangsa terakhir itu, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.05 pagi Selasa," katanya.

Sebelum itu, seramai lapan 16 anggota bomba termasuk dari Pasukan Khas Operasi Taktikal dan Penyelamat Malaysia (Storm) telah menjalankan operasi tersebut dengan dibantu oleh PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

Artikel Berkaitan:

Kejadian tanah runtuh turut berlaku di Kampung Cenderakasih Kolombong, Kota Kinabalu yang mengorbankan tujuh nyawa manakala dua lagi di Kampung Mook, Papar.

Ringkasan AI

  • Mangsa terakhir tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Marahang Tuntul adalah seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun.
  • Identiti mangsa yang terkorban adalah Wong Moi Ling, 34; Christen Kell Benny, 6, dan Kemiey Asphereynda Benny, 10.
  • Jumlah mangsa tertimbus akibat tanah runtuh seramai 12 orang termasuk tiga di Kampung Marahang Tuntul.
  • Operasi penyelamatan melibatkan pasukan bomba dan penyelamat lain dengan kesemua mangsa disahkan meninggal dunia.
  • Operasi penyelamatan ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.05 pagi Selasa.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!