Polis buru lelaki cabul kanak-kanak perempuan di kopitiam

Polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan di Kulai. Gambar hiasan
Polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan di Kulai. Gambar hiasan
A
A
A

KULAI - Polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun di sebuah kopitiam di Batu 19 di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira jam 7.30 malam.

“Mangsa mendakwa telah dicabul oleh seorang lelaki ketika berada di premis berkenaan.

“Kini pihak polis sedang mengenal pasti suspek untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan di Kulai
  • Kejadian berlaku di sebuah kopitiam di Batu 19
  • Laporan polis dibuat berkenaan kejadian pada Ahad, kira-kira jam 7.30 malam
  • Mangsa mendakwa dicabul oleh seorang lelaki ketika berada di premis tersebut
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!