Zoo di China larang pengunjung tunjuk video kepada cimpanzi, bimbang ketagih

Ding Ding tekun menonton video pendek yang ditunjukkan salah seorang pengunjung zoo. Foto: Douyin.
Ding Ding tekun menonton video pendek yang ditunjukkan salah seorang pengunjung zoo. Foto: Douyin.
A
A
A

SHANGHAI - Sebuah zoo di timur China mengenakan peraturan unik iaitu melarang pelawat menunjukkan video pendek kepada seekor cimpanzi popular bernama Ding Ding.

Menurut laporan South China Morning Post, ini kerana perbuatan itu dibimbangi merosakkan kesihatan haiwan tersebut dan membuatkannya ketagih.

Cimpanzi berusia dua tahun yang tinggal di Taman Hidupan Liar Shanghai itu sebelum ini mencuri hati pengunjung dengan gelagat comel seakan-akan bayi manusia.

Ia juga mendapat gelaran 'pencuri bunga' dalam kalangan pengguna media sosial selepas tular video menunjukkan haiwan itu mencuri bunga teratai dan memakan kelopaknya.

Bagaimanapun, baru-baru ini, beberapa hantaran dalam talian mendakwa Ding Ding mula menunjukkan minat mendalam terhadap video pendek yang ditayangkan pelawat menerusi telefon pintar.

Berdasarkan satu video, cimpanzi itu dilihat merenung skrin dengan tekun, bahkan sesekali menggaru mukanya seolah-olah sedang menumpukan perhatian.

Susulan itu, pada September, pihak zoo telah menampal satu notis larangan di luar kandang Ding Ding yang melarang pelawat menunjukkan telefon pintar kepada cimpanzi berkenaan.

Kakitangan zoo memberi amaran bahawa terlalu banyak ‘screen time’ bukan sahaja berpotensi merosakkan penglihatan tetapi juga mampu mencetuskan tekanan.

"Jika seekor cimpanzi tidak dapat melihat dengan jelas, ia mungkin menjadi cemas hingga membawa kepada masalah kesihatan," kata pekerja zoo berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Larangan unik itu tular di media sosial China dengan klip berkaitan mencatatkan lebih 10 juta tontonan.

Ringkasan AI

  • Zoo di timur China melarang pelawat menunjukkan video pendek kepada cimpanzi bernama Ding Ding
  • Peraturan dikenakan kerana bimbang rosakkan kesihatan dan buat cimpanzi ketagih
  • Cimpanzi berusia dua tahun itu popular kerana gelagatnya yang comel
  • Ding Ding sebelum ini mendapat perhatian kerana tular video mencuri bunga teratai
  • Notis larangan dipasang untuk mengelakkan cimpanzi dari terlalu banyak 'screen time' yang boleh merosakkan penglihatan dan mencetuskan tekanan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!