27 set generator dioperasikan di Pantai Timur Sabah - Sabah Electricity

Tangkap layar info terkini di Facebook Sabah Electricity.
Tangkap layar info terkini di Facebook Sabah Electricity.
A
A
A

KOTA KINABALU - Sebanyak 27 unit set generator (bergerak dioperasikan di beberapa lokasi utama di Pantai Timur Sabah sebagai langkah susulan memulihkan bekalan elektrik.

Sabah Electricity Sdn Bhd dalam kenyataan memaklumkan set generator itu ditempatkan di Beluran, Kinabatangan, Sandakan, Semporna, Tawau, Lahad Datu serta Telupid agar bekalan elektrik sementara dapat dibekalkan.

"Masing-masing tujuh set generator digerakkan ke Beluran dan Kinabatangan manakala empat di Sandakan, empat lagi di Semporna, satu di Telupid dan masing-masing dua di Tawau serta Lahad Datu.

"Set generator berkenaan ditempatkan di lokasi strategik seperti hospital, ibu pejabat polis daerah, loji air, balai bomba dan sekitarnya, set generator tambahan juga akan dipasang bagi menampung keperluan bekalan elektrik,” menurut kenyataan itu.

Sabah Electricity turut menghargai kesabaran dan pemahaman pengguna sepanjang tempoh pemulihan bekalan elektrik di kawasan terlibat.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Sebanyak 27 unit set generator ditempatkan di beberapa lokasi utama di Pantai Timur Sabah untuk memulihkan bekalan elektrik
  • Set generator ditempatkan di Beluran, Kinabatangan, Sandakan, Semporna, Tawau, Lahad Datu serta Telupid
  • Tujuh set generator digerakkan ke Beluran dan Kinabatangan, empat di Sandakan dan Semporna, satu di Telupid, dua di Tawau serta Lahad Datu
  • Generator ditempatkan di lokasi strategik termasuk hospital, ibu pejabat polis daerah, loji air dan balai bomba serta akan dipasang tambahan untuk menampung keperluan
  • Sabah Electricity Sdn Bhd menghargai kesabaran dan pemahaman pengguna sepanjang tempoh pemulihan bekalan elektrik

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!