Polis mohon bantuan kesan remaja perempuan hilang hampir 2 bulan di Skudai

JOHOR BAHRU - Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan tempatan berusia 13 tahun yang dilaporkan hilang di Taman Tan Sri Yacob, Skudai, sejak 23 Julai lepas.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan Voo Zhi Lin oleh datuknya yang berusia 68 tahun pada 26 Julai pada jam 11.24 pagi.
"Remaja itu kali terakhir dilihat berada di rumah datuknya di Taman Tan Sri Yacob. Butiran fizikalnya ialah berketinggian 145 sentimeter dan berat kira-kira 50 kilogram,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung remaja itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Wilford Carter Blaydes di talian 013-8498448 atau Pusat Kawalan Daerah Iskandar Puteri di talian 07-5113622 / 07-5114486. - Bernama
Ringkasan AI
- Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan remaja perempuan berusia 13 tahun yang hilang di Taman Tan Sri Yacob, Skudai sejak 23 Julai
- Laporan kehilangan dihantar oleh datuk remaja tersebut pada 26 Julai
- Remaja itu kali terakhir dilihat di rumah datuk di Taman Tan Sri Yacob
- Butiran fizikal remaja: ketinggian 145 sentimeter, berat 50 kilogram
- Orang ramai dengan maklumat diminta hubungi Pegawai Penyiasat atau Pusat Kawalan Daerah Iskandar Puteri
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
