Remaja maut terjatuh tingkat 21: Polis sahkan tiada unsur buli

Mangsa maut selepas terjatuh dari tingkat 21 sebuah pangsapuri di Paya Terubong pada malam Ahad.
Mangsa maut selepas terjatuh dari tingkat 21 sebuah pangsapuri di Paya Terubong pada malam Ahad.
A
A
A

GEORGE TOWN - Polis mengesahkan tiada sebarang unsur buli dalam kejadian seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 21 sebuah pangsapuri di Paya Terubong, Ayer Itam pada malam Ahad.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, siasatan awal juga menunjukkan kematian mangsa bukan berpunca daripada sebarang tindakan jenayah.

“Saya sahkan tiada unsur buli. Bagaimanapun, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

"Bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang bermula pada jam 10.15 pagi dan selesai 45 minit kemudian mengesahkan mangsa maut kerana parah selepas terjatuh dari tempat tinggi," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Difahamkan, mangsa dibesarkan oleh ibu saudaranya sejak kecil selepas ibu bapanya berpisah.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.06 malam itu, mangsa yang merupakan warga tempatan ditemui orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri di lantai bawah bangunan sebelum memaklumkannya kepada pihak polis.

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Polis mengesahkan tiada unsur buli dalam kematian remaja perempuan yang jatuh dari tingkat 21 pangsapuri di Paya Terubong
  • Kematian mangsa tidak berpunca daripada tindakan jenayah menurut siasatan awal
  • Bedah siasat mengesahkan mangsa maut akibat parah terjatuh dari tempat tinggi
  • Mangsa dibesarkan oleh ibu saudaranya selepas ibu bapanya berpisah
  • Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!