Tak tahan ditegur kerana menganggur, lelaki bunuh ayah kandung

Mangsa meninggal dunia akibat dipukul dengan sebatang kayu oleh anak lelakinya.- Agensi
Mangsa meninggal dunia akibat dipukul dengan sebatang kayu oleh anak lelakinya.- Agensi
A
A
A

BANGKA SELATAN – Seorang lelaki sanggup bertindak kejam membunuh ayah kandungnya sendiri hanya kerana sakit hati sering ditegur akibat tidak bekerja.

Suspek berusia 35 tahun, dikenali sebagai Yanto, ditangkap anggota Bahagian Siasatan Jenayah (Reskrim) Polis Resor (Polres) Bangka Selatan kurang daripada 24 jam selepas kejadian tragis yang berlaku di Desa Rindik, Kecamatan Toboali, Bangka Belitung pada Jumaat lalu.

Menurut Ketua Bahagian Siasatan Jenayah (Kasat Reskrim) Polres Bangka Selatan, ASP Raja Taufik Ikrar Bintan, suspek ditahan tanpa perlawanan di lokasi persembunyiannya pada Jumaat.

“Hasil siasatan mendapati suspek yang mengakui perbuatannya didorong rasa dendam serta sakit hati terhadap ayahnya kerana sering dimarahi kerana tidak bekerja,” katanya.

Tragedi itu memuncak apabila mangsa, Sarbani berusia 65 tahun, sekali lagi menegur anaknya berkenaan perkara itu selain mengarahkannya keluar dari rumah. Tindakan itu mencetuskan kemarahan Yanto hingga dia hilang kawalan.

“Dalam keadaan emosi, suspek mengambil sebatang kayu berhampiran lalu memukul kepala mangsa sehingga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” jelas beliau.

Selepas insiden berdarah itu, suspek melarikan diri namun berjaya ditahan dalam tempoh singkat. Polis turut merampas sebatang kayu yang digunakan sebagai senjata.

Suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Resor Bangka Selatan untuk siasatan lanjut. Dia bakal berdepan pertuduhan mengikut Pasal 338 Kitab Undang-Undang Hukum Pidana (KUHP) berkaitan pembunuhan, yang membawa hukuman maksimum 15 tahun penjara jika sabit kesalahan. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki membunuh ayahnya kerana kerap ditegur tidak bekerja
  • Suspek berusia 35 tahun, Yanto, ditangkap kurang dari 24 jam selepas kejadian
  • Yanto ditangkap tanpa perlawanan di lokasi persembunyiannya
  • Motif pembunuhan adalah dendam dan sakit hati karena sering dimarahi
  • Yanto menghadapi hukuman maksimum 15 tahun penjara jika sabit kesalahan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!