WCE Jajaran Tanjong Karang tiada isu tanah, siap ikut jadual

Laporan Sinar Harian berhubung isu tanah, pampasan jejas kelancaran projek WCE jajaran Tanjong Karang
Laporan Sinar Harian berhubung isu tanah, pampasan jejas kelancaran projek WCE jajaran Tanjong Karang
A
A
A

SHAH ALAM - Jajaran Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) di Seksyen 7, Tanjong Karang berada di landasan tepat untuk disiapkan menjelang penghujung tahun 2026 tanpa sebarang masalah pengambilan tanah.

Pengurus Besar Komunikasi Strategik dan Libaturus WCE, Syed Mohammed Idid berkata, perkembangan positif itu sekali gus mengesahkan jajaran berkenaan tidak berdepan sebarang halangan besar dan akan diteruskan mengikut jadual.

"Seksyen 7 Tanjong Karang berjalan lancar dan tiada isu berkaitan pampasan tanah di kawasan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Sinar Harian sebagai mengulas kenyataan Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Datuk Ng Suee Lim, yang memaklumkan projek WCE masih berdepan cabaran di jajaran Tanjong Karang sepanjang 10 kilometer (km) melibatkan isu pengambilan tanah dan pampasan.

Mengulas lanjut, Syed Mohammed berkata, satu-satunya cabaran kecil yang dihadapi ketika ini hanyalah di Seksyen 3 Kampung Jawa, namun ia sedang ditangani melalui perbincangan bersama kerajaan negeri.

"Perkara ini dalam proses dan kami yakin akan ada penyelesaian dalam masa terdekat,” katanya.

Syed Mohammed menegaskan, secara keseluruhan projek WCE kekal mengikut jadual ditetapkan.

"Lebuh raya strategik ini dijangka memberi manfaat besar kepada rakyat dan sektor ekonomi apabila siap sepenuhnya," tambah beliau.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat di Seksyen 7, Tanjong Karang, dijadualkan siap menjelang penghujung tahun 2026
  • Tidak berdepan sebarang halangan besar dalam pembinaan dan akan diteruskan mengikut jadual
  • Jajaran itu lancar tanpa isu pengambilan tanah atau pampasan
  • Cabaran kecil dihadapi di Seksyen 3 Kampung Jawa sedang ditangani melalui perbincangan bersama kerajaan negeri
  • Projek ini dijangka memberi manfaat besar kepada rakyat dan sektor ekonomi apabila siap sepenuhnya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!