Laluan masuk Kelantan sesak, pengguna tempuh perjalanan hingga 28 jam

Situasi dihadapi apabila musim cuti panjang bermula

Keadaan di plaza tol Gombak, Selangor. FOTO Internet.
Keadaan di plaza tol Gombak, Selangor. FOTO Internet.
A
A
A

KOTA BHARU – Kesesakan jalan raya di laluan masuk ke Kelantan yang bermula Jumaat terus memuncak pada Sabtu apabila ada pengguna jalan raya menempuh perjalanan hingga 28 jam untuk tiba ke negeri ini sempena cuti persekolahan.

Seorang pengguna TikTok, Jihh, berkongsi pengalaman memandu pacuan empat roda jenis Hilux dari Sungai Buloh, Selangor ke Pasir Mas dengan catatan perjalanan yang luar biasa panjang.

“Saya kena 28 jam tadi dari Sungai Buloh ke Pasir Mas.

“Puas hati bawa Hilux manual 28 jam,” tulisnya dalam hantaran yang tular.

Lalu-lintas sesak di Kuala Krai. FOTO Internet.
Lalu-lintas sesak di Kuala Krai. FOTO Internet.

Sebelum itu, keadaan trafik pada Jumaat sudah sesak namun masih terkawal dengan tempoh perjalanan sekitar 12 jam, jauh lebih singkat berbanding situasi pada Sabtu yang merekodkan peningkatan drastik.

Seorang pesara kakitangan awam, Che Abdullah Che Ahmad, 45, berkata, lebih 12 jam diambil untuk pulang ke kampung di Machang dari Kelana Jaya, Selangor pada Jumaat.

“Saya bertolak jam 7 pagi Jumaat dan tiba sekitar 7 malam.

Artikel Berkaitan:

“Tiga jam tak bergerak di Karak sebelum masuk Kelantan dan terperangkap lagi tiga jam di Gua Musang,” katanya.

Che Abdullah berkata, dia memilih untuk memandu pada waktu siang bagi mengelak mengantuk walaupun tahu jalan pasti sesak.

Kesesakan di Batu Melintang, Jeli yang dikongsi pengguna TikTok.
Kesesakan di Batu Melintang, Jeli yang dikongsi pengguna TikTok.

Seorang lagi penuntut kolej, Syuhada Yahya, 18, turut berkongsi pengalaman sama apabila perjalanan menaiki bas ekspres dari Bandar Melaka ke Kota Bharu memakan masa hampir 14 jam.

“Bas bertolak jam 8 malam Jumaat dari Melaka Central dan sepatutnya sampai jam 7 pagi Sabtu, tetapi saya tiba jam 11 pagi.

“Perjalanan panjang termasuk sesak di Karak menyebabkan pening dan rasa loya sebab terlalu lama berada dalam bas,” katanya.

Ringkasan AI

  • Kesesakan jalan raya di laluan masuk ke Kelantan bertambah teruk sempena cuti persekolahan
  • Seorang pengguna TikTok menghabiskan 28 jam dalam perjalanan dari Sungai Buloh, Selangor ke Pasir Mas, Kelantan
  • Keadaan trafik pada Jumaat sesak namun masih terkawal dengan tempoh perjalanan sekitar 12 jam
  • Seorang pesara kakitangan awam mengambil masa lebih dari 12 jam untuk pulang ke kampung di Machang dari Kelana Jaya, Selangor pada Jumaat
  • Syuhada Yahya, seorang penuntut kolej, menempuh perjalanan hampir 14 jam dari Bandar Melaka ke Kota Bharu

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!