CHAGEE Malaysia pupuk semangat sayangi alam sekitar

Lucia Guan (kiri) menyerahkan cek cura berjumlah RM50,000 kepada wakil MNS bagi pelaksanaan projek Tapir Food Bank dan Tapir Translocation Box.
Lucia Guan (kiri) menyerahkan cek cura berjumlah RM50,000 kepada wakil MNS bagi pelaksanaan projek Tapir Food Bank dan Tapir Translocation Box.
A
A
A

Kejayaan CHAGEE Malaysia membuka outlet ke-200 di seluruh negara bukan sahaja menandakan pertumbuhan pesat perniagaan, malah mencerminkan ikatan rapat jenama itu dengan rakyat, budaya dan alam sekitar.

Pengurus Kanan Hal Ehwal Kerajaan dan Awamnya, Grace Wai berkata, pencapaian itu dianggap sebagai detik bersejarah seiring sokongan rakyat Malaysia yang menjadikan teh premium itu sebahagian daripada gaya hidup.

"Lebih daripada sekadar minuman, outlet CHAGEE kini menjadi ruang pertemuan komuniti, simbol hubungan seharian dan platform untuk memberi semula kepada masyarakat serta alam sekitar," katanya.

Bagi menyokong aspirasi tersebut, Grace memaklumkan, CHAGEE menyalurkan sumbangan sebanyak RM50,000 kepada Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) bagi melaksanakan projek Tapir Food Bank dan Tapir Translocation Box dalam usaha pemuliharaan.

Beliau berkata, kakitangan CHAGEE turut terbabit dalam aktiviti penanaman pokok bagi pemuliharaan habitat hidupan liar.

Ketua Pemasaran CHAGEE Malaysia, Lucia Guan (tengah) menerima sijil pengiktirafan daripada wakil MBR.
Ketua Pemasaran CHAGEE Malaysia, Lucia Guan (tengah) menerima sijil pengiktirafan daripada wakil MBR.

"Seperti pokok, CHAGEE berakar di bumi Malaysia dan membesar bersama komuniti. Sudah tiba masanya kami memberi kembali kepada usaha pemuliharaan," jelasnya.

Menurut Grace, sempena pencapaian itu, CHAGEE turut melancarkan barangan edisi terhad rekaan Bingka Studio yang berinspirasikan hidupan ikonik negara seperti tapir, harimau, enggang dan orang utan, selain hasil jualannya disalurkan semula kepada usaha pemuliharaan.

Artikel Berkaitan:

Dalam masa sama, katanya, personaliti media sosial dari seluruh negara akan bertemu pelanggan menerusi siri jelajah termasuk pemberian teh susu percuma.

Jelas beliau, CHAGEE telah memperoleh gelaran Malaysia Book of Records (MBR) untuk Most Full-Leaf Milk Tea Sold bagi tahun 2024.

Kempen itu turut mendapat kerjasama Tourism Malaysia sempena cuti persekolahan dan Hari Malaysia bagi mempromosi budaya, kepelbagaian dan keindahan alam semula jadi negara.

Pacu industri pelancongan

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Pengiklanan dan Digital merangkap Ketua Sekretariat Visit Malaysia 2026, Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim berkata, CHAGEE kini boleh dianggap sebagai sebahagian daripada pengalaman Cuti-Cuti Malaysia dengan cawangan yang beroperasi hampir di setiap negeri di seluruh negara.

Grace (dua dari kanan) dan Mohd Amirul (dua dari kiri) bergambar bersama maskot semasa Majlis Perasmian Pembukaan Cawangan ke-200 CHAGEE Malaysia di Sunway Pyramid.
Grace (dua dari kanan) dan Mohd Amirul (dua dari kiri) bergambar bersama maskot semasa Majlis Perasmian Pembukaan Cawangan ke-200 CHAGEE Malaysia di Sunway Pyramid.

Menurutnya, perkembangan pesat jenama itu bukan sahaja menandakan kejayaan perniagaan dalam memperkukuh kedudukan di pasaran, malah secara tidak langsung memberi nilai tambah kepada industri pelancongan negara.

"Pencapaian ini bukan sekadar kejayaan sebuah jenama, tetapi ia turut memperlihatkan bagaimana sektor swasta mampu memainkan peranan besar dalam menyemarakkan kelestarian, budaya serta semangat kebangsaan.

"Kehadiran jenama seperti CHAGEE di lokasi-lokasi tumpuan pelancong menjadikan pengalaman melancong lebih unik dan dekat di hati rakyat Malaysia sendiri,” jelas beliau.

Dalam pada itu, Mohd Amirul berkata, Tourism Malaysia berbesar hati dapat meraikan pencapaian itu bersama CHAGEE, lebih-lebih lagi ketika sambutan cuti panjang bersempena Hari Malaysia.

"Dengan kewujudan cawangan CHAGEE di seluruh negara, ia kini menjadi persinggahan yang tidak asing lagi buat pengunjung untuk menerokai kepelbagaian budaya, makanan dan warisan tempatan.

"Ini adalah satu contoh bagaimana sinergi antara sektor pelancongan dan sektor perniagaan mampu memberi impak positif kepada pengalaman pelancong, sekali gus menyokong usaha kerajaan menjayakan Visit Malaysia 2026,” katanya.

Beliau menambah, kejayaan itu diharap dapat memberi inspirasi kepada lebih banyak perniagaan tempatan untuk terus berkembang.

"Kami percaya perniagaan tempatan boleh berkembang dengan mengutamakan elemen kelestarian, budaya dan kebanggaan nasional selaras dengan aspirasi mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pilihan pelancong dunia," tambahnya.

 

 

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!