CHAGEE Malaysia buka cawangan ke-200

Grace (dua dari kanan) dan Mohd Amirul (dua dari kiri) memecahkan belon sebagai gimik Pelancaran Cawangan CHAGEE ke-200 di Sunway Pyramid di sini pada Rabu. 
Grace (dua dari kanan) dan Mohd Amirul (dua dari kiri) memecahkan belon sebagai gimik Pelancaran Cawangan CHAGEE ke-200 di Sunway Pyramid di sini pada Rabu. 
A
A
A

SUBANG JAYA - Rangkaian minuman teh premium, CHAGEE Malaysia (CHAGEE) melakar pencapaian besar apabila berjaya membuka 200 cawangan di seluruh negara sejak mula bertapak di pasaran tempatan.

Pengurus Kanan Hal Ehwal Kerajaan dan Awamnya, Grace Wai berkata, kejayaan itu membuktikan sokongan padu rakyat di negara ini yang menjadikan CHAGEE sebahagian daripada gaya hidup harian.

Menurut beliau, enam tahun lalu jenama itu hanya bermula dengan sebuah kedai, namun berkembang pesat hasil keyakinan pelanggan, rakan kongsi dan komuniti di setiap bandar yang menerima kehadiran CHAGEE.

GRACE
GRACE

"Tema kami Tanah Kita, Kisah Anda menggambarkan setiap cawangan lebih daripada sekadar kedai, tetapi sebagai tempat berkumpul dan persinggahan dalam perjalanan serta lambang kepelbagaian Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Pelancaran Cawangan CHAGEE ke-200 di Sunway Pyramid di sini pada Rabu.

CHAGEE raikan pembukaan cawangan ke-200 menerusi minuman istimewa berinspirasikan budaya tempatan.
CHAGEE raikan pembukaan cawangan ke-200 menerusi minuman istimewa berinspirasikan budaya tempatan.

Artikel Berkaitan:

Hadir sama Pengarah Kanan Bahagian Pengiklanan dan Digital merangkap Ketua Sekretariat Visit Malaysia 2026, Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim; Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Komunikasi Korporat Tourism Malaysia, Zuraini Abdul Ghani; Timbalan Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat Pelancongan Malaysia, Chan Hon Mun dan Ketua Pemasaran CHAGEE Malaysia, Lucia Guan.

Lebih bermakna, Grace memaklumkan, kejayaan itu turut diraikan dengan usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) apabila CHAGEE bekerjasama dengan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) bagi memulihara hidupan liar.

"Melalui Projek Food Bank Tapir dan sumbangan kotak translokasi, kami mahu membantu melindungi spesies unik yang terancam. 

"Sama seperti kami mengakar di sini, kami juga mahu memulihkan akar hutan untuk generasi akan datang," jelas beliau.

Menurut Grace, kejayaan itu lebih istimewa apabila diraikan bersempena sambutan Hari Malaysia sekali gus mengukuhkan jenama itu sebagai sebahagian daripada pengalaman Cuti-Cuti Malaysia.

"Cawangan ke-200 bukan noktah perjalanan, sebaliknya permulaan lebih besar kerana kami akan terus berkembang bersama Malaysia," tambahnya.

Sokongan padu rakyat Malaysia

MOHD AMIRUL
MOHD AMIRUL

Sementara itu, Mohd Amirul semasa ucapannya menjelaskan, pencapaian CHAGEE Malaysia yang membuka cawangan ke-200 di seluruh negara dianggap kejayaan luar biasa dalam tempoh hanya enam tahun beroperasi.

Beliau berkata, kejayaan itu membuktikan kekuatan jenama itu selain sokongan padu rakyat dalam negara ini.

"Perjalanan CHAGEE daripada sebuah kedai sehingga berkembang ke 200 cawangan memberi inspirasi. 

"Ia bukan sahaja bukti kepada visi jenama, malah mencerminkan semangat Malaysia yang berdaya tahan, pelbagai dan optimis," tambahnya.

Beliau turut memuji usaha jenama itu yang memilih meraikan kejayaan dengan memberi kembali kepada masyarakat dan alam sekitar.

“Kerjasama dengan MNS menerusi inisiatif Food Bank Tapir dan penanaman pokok asli di tapak pemuliharaan membuktikan perniagaan boleh seiring dengan tanggungjawab sosial serta alam sekitar selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,” katanya.

Orang ramai tidak melepaskan peluang bergambar pada Majlis Pelancaran Cawangan CHAGEE ke-200 di Sunway Pyramid di sini pada Rabu.
Orang ramai tidak melepaskan peluang bergambar pada Majlis Pelancaran Cawangan CHAGEE ke-200 di Sunway Pyramid di sini pada Rabu.

Dalam pada itu, Mohd Amirul berkata, CHAGEE turut memberi nilai tambah kepada sektor pelancongan negara apabila menjadi sebahagian pengalaman perjalanan rakyat Malaysia.

"Sama ada di tanah tinggi, pesisir atau pusat bandar, cawangan CHAGEE kini wujud sebagai hentian rehat untuk menyegarkan semula, selain menjadikan jenama ini sebahagian daripada kisah perjalanan pelancongan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, kerjasama Tourism Malaysia dengan CHAGEE melalui barangan edisi terhad berinspirasikan hidupan liar ikonik turut menyokong usaha memulihara khazanah negara.

Katanya, kerjasama itu juga akan diperkukuhkan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026  dengan sasaran menerima 47 juta pelawat antarabangsa.

"Saya berharap pencapaian ini menjadi batu loncatan kepada kejayaan lebih besar dan terus memberi inspirasi kepada rakyat serta bumi bertuah ini,” katanya.

Dengan rangkaian cawangan yang hampir meliputi setiap pelusuk tanah air, CHAGEE kini muncul sebagai lokasi persinggahan popular kepada rakyat Malaysia yang mengembara dalam semangat 'Cuti-Cuti Malaysia'.

 

 

 

 

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!