Penganggur ditahan buat 1,600 panggilan palsu

TOKYO – Polis Jepun menahan seorang penganggur berusia 36 tahun selepas didapati membuat kira-kira 1,600 panggilan palsu ke talian kecemasan 110 dalam tempoh sebulan.
Suspek, Shigenari Kurosawa, dipercayai melakukan perbuatan itu menggunakan telefon bimbitnya di kawasan Katsushika Ward antara 1 hingga 28 Julai lalu.
Setiap kali panggilannya dijawab, lelaki itu terus memutuskan talian tanpa bersuara.
Menurut laporan Sankei Shimbun, Kurosawa mengaku bertanggungjawab terhadap semua panggilan tersebut.
Polis turut memaklumkan panggilan serupa dikesan secara berselang sejak Januari 2024.
Sehubungan itu, siasatan sedang dijalankan bagi menentukan sama ada suspek turut terbabit dalam kes terdahulu.
Ringkasan AI
- Polis Jepun menahan seorang penganggur kerana membuat 1,600 panggilan palsu ke talian kecemasan dalam sebulan
- Suspek berusia 36 tahun menggunakan telefon bimbitnya untuk melakukan panggilan dari Katsushika Ward
- Setiap kali panggilannya dijawab, suspek memutuskan talian tanpa berkata-kata
- Kurosawa mengaku bertanggungjawab atas semua panggilan palsu yang dibuat
- Panggilan serupa telah dikesan sejak Januari 2024, siasatan dilakukan untuk kes terdahulu
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

