Model ekosistem keusahawanan UMK diiktiraf dunia, raih anugerah antarabangsa

Nik Maheran (kiri) antara penerima anugerah peringkat dunia di Republik Czech. Foto UMK
Nik Maheran (kiri) antara penerima anugerah peringkat dunia di Republik Czech. Foto UMK
A
A
A

KOTA BHARU – Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa apabila meraih naib johan Global Awards: Innovative and Entrepreneurial University of the Year di Prague, Republik Czech pada Khamis.

Kejayaan bersejarah di Anugerah Triple E Global anjuran Majlis Akreditasi Universiti Keusahawanan dan Keterlibatan 2025 itu diperoleh menerusi Institut Keusahawanan UMK (UMKEI) yang menjadi pemacu utama agenda keusahawanan universiti berkenaan.

Pengarah Kanan UMKEI, Profesor Dr Mohd Nor Hakimin Yusoff berkata, pengiktirafan tersebut membuktikan model ekosistem keusahawanan UMK mampu bersaing di peringkat global.

“Pencapaian ini adalah hasil komitmen Naib Canselor dan pengurusan tertinggi yang menekankan keusahawanan sebagai fokus utama universiti,” katanya.

Beliau berkata, peranan UMKEI turut disokong Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RMIC) yang memperkukuh laluan pengkomersialan hasil penyelidikan.

“Sokongan ini membolehkan UMK melahirkan syarikat terbitan yang berdaya saing di pasaran.

“RMIC pula memperkukuh laluan pengkomersialan sekali gus menjadikan UMK peneraju universiti keusahawanan dan inovasi serantau,” ujarnya.

UMKEI melaksanakan pelbagai inisiatif strategik melalui Pusat Pendidikan dan Pembangunan Keusahawanan, Makmal Usahawan Ignite, Institut Perusahaan Kecil dan Sederhana serta Pusat Penyelidikan dan Inovasi Keusahawanan Global.

Selain itu, UMK turut meraih tempat kedua bagi Anugerah Pemerkasaan Keusahawanan Wanita menerusi projek IDEAS iaitu Peningkatan Kemahiran Digital dan E-Dagang dalam Kalangan Perusahaan Kecil Sederhana Asean.

Artikel Berkaitan:

Projek itu diketuai Profesor Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Datuk Profesor Dr Nik Maheran Nik Muhammad dengan sokongan ASEAN-ROK dan Dana Kerjasama ASEAN-Korea.

“Pencapaian ini selari dengan aspirasi Dasar Keusahawanan Negara 2030 yang mengangkat UMK sebagai jenama global dalam pendidikan dan pembangunan keusahawanan,” kata Mohd Nor Hakimin.

Ringkasan AI

  • UMK meraih naib johan Global Awards: Innovative and Entrepreneurial University of the Year di Prague, Republik Czech
  • Kejayaan tersebut merupakan hasil kerja Institut Keusahawanan UMK yang mendorong agenda keusahawanan universiti
  • Pengiktirafan mengukuhkan kedudukan model ekosistem keusahawanan UMK di peringkat global
  • UMK mengimplementasikan pelbagai inisiatif keusahawanan dan inovasi untuk meningkatkan pengkomersialan hasil penyelidikan
  • UMK juga mendapat tempat kedua dalam Anugerah Pemerkasaan Keusahawanan Wanita dengan projek IDEAS

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!