FBI tawar ganjaran AS$100,000 bagi maklumat insiden tembakan Charlie Kirk

Seorang anggota keselamatan memasang pita keselamatan di kawasan kampus Utah Valley University, pada Rabu, di Orem, Utah - lokasi di mana Charlie Kirk (gambar kecil) ditembak. Gambar AP
Seorang anggota keselamatan memasang pita keselamatan di kawasan kampus Utah Valley University, pada Rabu, di Orem, Utah - lokasi di mana Charlie Kirk (gambar kecil) ditembak. Gambar AP
A
A
A

SACRAMENTO (Amerika Syarikat) - Penyiasat Amerika Syarikat (AS) pada Khamis menawarkan ganjaran sebanyak AS$100,000 bagi maklumat yang membawa kepada penangkapan individu bertanggungjawab dalam insiden tembakan ke atas aktivis politik Charlie Kirk, ketika pencarian suspek diperluas, lapor Xinhua.

Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) turut mengeluarkan dua imej individu yang dikategorikan sebagai "orang berkepentingan”.

Kirk, 31, ditembak di bahagian leher ketika berucap di hadapan orang ramai dalam acara debat terbuka "Prove Me Wrong” di Universiti Utah Valley sekitar tengah hari Rabu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Penyiasat AS tawarkan ganjaran AS$100,000 bagi maklumat tangkap pelaku tembakan aktivis politik Charlie Kirk
  • FBI mengeluarkan dua imej individu sebagai "orang berkepentingan"
  • Charlie Kirk, 31, ditembak di bahagian leher ketika berucap di acara debat di Universiti Utah Valley
  • Insiden tembakan berlaku sekitar tengah hari Rabu
  • Pencarian suspek diperluas

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!