11 cedera dalam insiden tembakan rambang di Carolina Selatan

ISTANBUL - Sekurang-kurangnya 11 orang cedera dalam insiden tembakan rambang lewat Ahad di Little River, sebuah bandar di negeri Carolina Selatan, Amerika Syarikat (AS), lapor Anadolu Ajansi.
Serangan itu berlaku kira-kira 9.30 malam waktu tempatan (0130GMT Isnin), namun tiada butiran dikongsi mengenai motif atau suspek, menurut kenyataan Jabatan Polis Horry County.
Mangsa telah dibawa ke hospital tempatan dan jumlah yang cedera mungkin meningkat, menurut jabatan itu lagi.
Pihak berkuasa mengesahkan siasatan sedang dijalankan dan menasihatkan orang ramai agar menjauhi kawasan kejadian sementara pasukan penyiasat meneruskan usaha mengumpul bukti.
Kejadian itu berlaku ketika kebimbangan semakin meningkat terhadap keganasan bersenjata di kawasan awam popular di seluruh Amerika Syarikat. - Bernama-Anadolu
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
