Suami bunuh isteri, bayi selepas kalah judi

BANTEN - Penduduk Desa Purwaraja, Kecamatan Menes, Pandeglang, dikejutkan dengan kes tragis apabila seorang lelaki dipercayai membunuh isteri dan bayinya yang berusia lapan bulan di kediaman mereka pada awal pagi Khamis.
Menurut pihak polis, suspek berusia 23 tahun itu didakwa bertindak kejam selepas mengalami kerugian akibat judi dalam talian.
Kejadian berlaku sekitar jam 3 pagi waktu tempatan sebelum disedari oleh bapa mentua suspek yang memecahkan pintu rumah sekitar jam 8 pagi waktu tempatan.
Ketua Unit Siasatan Jenayah (Kanit Reskrim) Polsek Menes, Aiptu Aan Andriansyah mengesahkan insiden tersebut.
“Benar, ada kes pembunuhan. Anak mangsa berusia kira-kira lapan bulan turut menjadi mangsa,” katanya kepada wartawan pada Khamis.
Selepas kejadian, suspek dipercayai cuba mengakhiri hidupnya di dalam biliknya dan kini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di hospital.
Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung motif sebenar serta keadaan psikologi suspek. - Agensi
Ringkasan AI
- Seorang lelaki dipercayai membunuh isteri dan bayinya di Desa Purwaraja, Kecamatan Menes, Pandeglang
- Suspek berusia 23 tahun bertindak setelah mengalami kerugian judi dalam talian
- Kejadian tragis berlaku sekitar jam 3 pagi, disedari oleh bapa mentua pada jam 8 pagi
- Ketua Unit Siasatan Jenayah (Kanit Reskrim) Polsek Menes, Aiptu Aan Andriansyah mengesahkan insiden tersebut
- Suspek cuba mengakhiri hidupnya selepas kejadian dan kini dalam keadaan kritikal di hospital
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

