Johor salur RM5.6 juta kepada 56 DUN hadapi Monsun Timur Laut

Onn Hafiz ketika Sidang DUN Johor di Bangunan Temenggong Ibrahim, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri pada Khamis.
Onn Hafiz ketika Sidang DUN Johor di Bangunan Temenggong Ibrahim, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri pada Khamis.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan Johor memperuntukkan sebanyak RM5.6 juta bagi membantu rakyat di negeri ini menghadapi Monsun Timur Laut yang dijangka bermula hujung tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, peruntukan itu diagihkan menerusi inisiatif Pengurusan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Bantuan Menghadapi Monsun Timur Laut.

“Setiap 56 DUN akan menerima RM100,000 bagi tujuan persediaan dan bantuan awal bencana sekali gus memastikan rakyat di kawasan masing-masing mendapat perlindungan sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Sidang DUN Johor di Bangunan Temenggong Ibrahim, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri pada Khamis.

Menurut Onn Hafiz, langkah tersebut adalah sebahagian daripada usaha kerajaan negeri bagi memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa diutamakan terutama ketika berdepan bencana alam.

Monsun Timur Laut kebiasaannya berlaku antara November hingga Mac setiap tahun dengan membawa hujan lebat berterusan yang boleh menyebabkan banjir terutamanya di kawasan rendah dan berhampiran sungai.

Pada pertengahan Mac tahun ini, Johor dilanda banjir besar akibat hujan lebat berterusan yang bermula sejak 19 Mac.

Kesan daripada curahan hujan luar biasa itu menjadi punca paras air di beberapa sungai utama seperti Sungai Skudai, Sungai Pulai dan Sungai Johor melimpah menyebabkan kawasan rendah termasuk Johor Bahru, Kulai, Kluang, Kota Tinggi dan Pontian terjejas teruk.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!