Dua lelaki cuba seleweng 320 liter petrol dicekup

Tangki tambahan yang diubah suai pada salah satu kenderaan disita dalam satu operasi khas di sekitar Wakaf Bharu, Tumpat pada Selasa. Foto KPDN
Tangki tambahan yang diubah suai pada salah satu kenderaan disita dalam satu operasi khas di sekitar Wakaf Bharu, Tumpat pada Selasa. Foto KPDN
A
A
A

TUMPAT – Cubaan dua lelaki menyeleweng 320 liter petrol gagal selepas dicekup penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan dalam satu operasi khas di sekitar Wakaf Bharu di sini pada Selasa.

Serbuan yang dilakukan kira-kira jam 1 petang itu turut menyita tiga buah kenderaan iaitu dua Proton Wira dan sebuah Proton Iswara yang diubah suai dengan tangki tambahan.

Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata, hasil siasatan mendapati barangan subsidi tersebut dipercayai cuba diseludup ke negara jiran.

Proton Iswara yang disita dalam operasi berkenaan. Foto KPDN
Proton Iswara yang disita dalam operasi berkenaan. Foto KPDN

"Sementara itu tangki tambahan yang diubah suai pada kenderaan tersebut pula untuk tujuan menyalurkan minyak dari pam stesen.

“Keseluruhan nilai sitaan termasuk petrol dan kenderaan dianggarkan sebanyak RM14,656,” katanya kepada pemberita pada Rabu.

Menurut beliau, operasi itu turut membawa kepada pemeriksaan sebuah stesen minyak yang dipercayai terbabit dengan aktiviti tersebut.

Artikel Berkaitan:

Salah satu Proton Wira yang disita dalam operasi berkenaan. Foto KPDN
Salah satu Proton Wira yang disita dalam operasi berkenaan. Foto KPDN

Ujarnya, turut dirampas ialah dokumen perniagaan, lesen, buku stok serta rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dengan niat melakukan kesalahan serta Peraturan 12(a) PPKB 1974 kerana melanggar arahan pengawal melalui jualan berulang,” katanya.

Azman menegaskan, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan terhadap barangan bersubsidi kerana ia menjejaskan hak rakyat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!