Cubaan seludup lima kontena skrap kuprum RM5.29 juta gagal

Rohaizad (kiri) menunjukkan copper scrap yang ditemui di dalam lima buah kontena di Pelabuhan NBCT pada 22 Julai lalu.
Rohaizad (kiri) menunjukkan copper scrap yang ditemui di dalam lima buah kontena di Pelabuhan NBCT pada 22 Julai lalu.
A
A
A

BUTTERWORTH - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang mematahkan cubaan menyeludup masuk lima kontena berisi skrap kuprum bernilai RM5.29 juta yang dipercayai dibawa dari Thailand pada 22 Julai lalu.

Pengarah JKDM Pulau Pinang, Datuk Rohaizad Ali berkata, lima kontena terbabit ditahan dalam pemeriksaan yang dilakukan Unit Operasi di Pelabuhan Kontena Butterworth Utara (NBCT).

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati kesemua kontena terbabit mengandungi skrap kuprum dengan anggaran berat melebihi 125 tan.

Rohaizad (tengah) menunjukkan rokok dan minuman keras yang dirampas.
Rohaizad (tengah) menunjukkan rokok dan minuman keras yang dirampas.

"Siasatan awal mendapati borang kastam telah diikrarkan sebagai komponen elektronik terpakai namun pemeriksaan lanjut menemukan copper scrap.

"Berikutan pemeriksaan itu, kita menahan tiga individu termasuk seorang wanita berusia antara 40 hingga 60 tahun yang merupakan pemilik syarikat serta ejen pelabuhan," katanya dalam sidang akhbar di sini pada Rabu.

Rohaizad berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(a) Akta Kastam 1967 iaitu kesalahan dalam mengimport apa-apa barang tidak berkastam atau barang larangan import.

Dalam kes berasingan, JKDM Pulau Pinang berjaya membongkar sebuah rumah teres lama di Padang Serai, Kedah yang dijadikan stor penyimpanan rokok dan minuman keras.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, serbuan dilakukan pada awal Ogos lalu oleh sepasukan unit operasi dan penguatkuasaan sebelum menemukan 438,824 batang rokok bersama 1,377.60 liter minuman keras pelbagai jenama.

"Kesemua barang rampasan itu bernilai RM168,395 serta melibatkan cukai berjumlah RM366.444.

"Kes kedua disiasat dibawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967 iaitu kesalahan menyimpan atau memiliki apa-apa barang tidak berkastam atau larangan import," tambahnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!