Cubaan seludup syabu RM8.9 juta guna MPV tumpas

Wan Jamal Abdul Salam (dua, kanan) menunjukkan serbuk kristal dadah jenis syabu yang dirampas di Kampung Banggol Kulim, Rantau Panjang pada 19 Ogos lalu.
Wan Jamal Abdul Salam (dua, kanan) menunjukkan serbuk kristal dadah jenis syabu yang dirampas di Kampung Banggol Kulim, Rantau Panjang pada 19 Ogos lalu.
A
A
A

KOTA BHARU – Tindakan sindiket menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza untuk menyeludup dadah jenis syabu bernilai RM8.9 juta berjaya dihidu oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) pada 19 Ogos lalu.

Serbuan terhadap kenderaan terbabit yang diparkir di tepi jalan di Kampung Banggol Kulim, Rantau Panjang, itu dilakukan pada jam 12.30 tengah hari hasil makluman orang awam.

Wan Jamal Abdul Salam (tengah) menunjukkan kenderaan persendirian yang digunakan sindiket dadah bagi mengaburi pihak berkuasa.
Wan Jamal Abdul Salam (tengah) menunjukkan kenderaan persendirian yang digunakan sindiket dadah bagi mengaburi pihak berkuasa.

Pengarah JKDM Kelantan, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, dadah terbabit dipercayai dibawa masuk ke negara ini melalui pangkalan haram di Sungai Golok.

"Hasil pemeriksaan di dalam kenderaan itu terdapat lapan guni yang mengandungi 258 peket iaitu 279.04 kilogram (kg) serbuk kristal dadah jenis syabu.

Hasil pemeriksaan di dalam kenderaan itu terdapat lapan guni yang mengandungi 258 peket serbuk kristal dadah jenis syabu.
Hasil pemeriksaan di dalam kenderaan itu terdapat lapan guni yang mengandungi 258 peket serbuk kristal dadah jenis syabu.

"Dadah yang diletakkan di tempat duduk tengah dan belakang kereta tersebut ditutup dengan kain berwarna hitam," katanya semasa sidang media di Pejabat JKDM di sini pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Menurut beliau, penyeludupan ini dipercayai didalangi sindiket yang membawa masuk dadah menggunakan kenderaan persendirian bagi mengaburi pihak berkuasa sebelum diedarkan.

No Image Caption

Ujarnya, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Kami juga menyeru orang awam untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau Pejabat Kastam yang terdekat di seluruh negeri," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!