Rumah musnah terbakar di Bachok
Bomba terima panggilan kecemasan dan bergegas ke lokasi kejadian

BACHOK – Sebuah rumah musnah dalam kebakaran di Jalan Bekelam-Kampung Alor Tok Majam di sini pada Selasa.
Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bachok, Penolong Penguasa Bomba Ahmad Ridhuan Muhamad Ghazali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.29 petang.
“Seramai 19 anggota dari balai Bachok dengan bantuan Pasir Tumbuh bergegas ke lokasi dan tiba pada jam 4.37 petang.
“Kebakaran bagaimanapun tidak melibatkan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, api berjaya dikawal pada jam 4.55 petang menggunakan sumber air dari pili bomba berdekatan.
“Kerja-kerja memadam kebakaran selesai pada jam 6.19 petang sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.48 petang,” ujarnya.
Tambah beliau, operasi diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II Mohd Zamizi Muhamad selaku Komander Operasi dengan kekuatan 19 anggota menggunakan dua jentera Jentera Penyelamat Kenderaan Ringan dan sebuah kenderaan pacuan empat roda Hilux.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

