Stor SWM, empat lori terbakar di Sendayan

Sebuah stor penyimpanan perkakas milik SWM Environment Sdn Bhd bersama empat lori syarikat itu musnah dalam kebakaran di Depoh SWM Sendayan Logistic, Sendayan Techvalley di sini pada Selasa.
Sebuah stor penyimpanan perkakas milik SWM Environment Sdn Bhd bersama empat lori syarikat itu musnah dalam kebakaran di Depoh SWM Sendayan Logistic, Sendayan Techvalley di sini pada Selasa.
A
A
A

SEREMBAN - Sebuah stor penyimpanan perkakas milik SWM Environment Sdn Bhd bersama empat lori syarikat itu musnah dalam kebakaran di Depoh SWM Sendayan Logistic, Sendayan Techvalley di sini pada Selasa.

Komander Operasi Kanan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban 2, Ahmad Khomeini Kamarudzaman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 2.14 petang sebelum jentera pertama tiba di lokasi kira-kira 15 minit kemudian.

Operasi padaman giat dijalankan pasukan penyelamat.
Operasi padaman giat dijalankan pasukan penyelamat.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan operasi mengesahkan berlaku kebakaran membabitkan stor penyimpanan tong sampah serta empat unit lori milik SWM.

“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 2.36 petang dan setakat ini tiada mangsa dilaporkan terlibat,” katanya menerusi kenyataan.

Antara empat lori yang terbakar dalam kejadian berkenaan.
Antara empat lori yang terbakar dalam kejadian berkenaan.

Menurut beliau, operasi pemadaman melibatkan anggota dari BBP Seremban 2, BBP Seremban serta pasukan Bomba TUDM Sendayan dengan kekuatan keseluruhan lebih 15 anggota dan pegawai.

Artikel Berkaitan:

Setakat ini, operasi masih dijalankan dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

 

 

Ringkasan AI

  • Stor penyimpanan perkakas dan empat lori SWM Environment Sdn Bhd musnah dalam kebakaran di Sendayan
  • Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 2.14 petang
  • Kebakaran berjaya dikawal pada jam 2.36 petang tanpa mangsa terlibat
  • Operasi pemadaman melibatkan lebih 15 anggota dan pegawai dari BBP Seremban 2, BBP Seremban dan Bomba TUDM Sendayan
  • Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!