Pemotong rumput terjatuh dalam lubang 6 meter ketika lakukan kerja pembersihan

Anggota bomba menjalankan kerja menyelamat lelaki warga Myanmar yang terjatuh dalam lubang sedalam enam meter ketika melakukan kerja-kerja pembersihan berdekatan Simpang Tiga Sungai Lui, Jalan ke Kuala Klawang menghala ke Genting Peras pada Isnin.

A
A
A

SEMENYIH – [DIKEMAS KINI] Seorang pemotong rumput nyaris maut selepas terjatuh ke dalam lubang sedalam enam meter ketika melakukan kerja-kerja pembersihan berdekatan Simpang Tiga Sungai Lui, Jalan ke Kuala Klawang menghala ke Genting Peras di sini pada Isnin.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.29 petang.

Beliau berkata, seramai lima anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih dengan bantuan BBP Bandar Tun Hussein Onn (BTHO) dikejarkan ke lokasi kejadian.

Seorang pemotong rumput warga Myanmar terselamat selepas terjatuh ke dalam lubang sedalam enam meter.
Seorang pemotong rumput warga Myanmar terselamat selepas terjatuh ke dalam lubang sedalam enam meter.

“Anggota bomba yang tiba di lokasi pada jam 5.05 petang mendapati terdapat seorang lelaki warga Myanmar berusia 45 tahun terjatuh ke dalam lubang sedalam enam meter.

“Mangsa ketika itu sedang menjalankan kerja-kerja memotong rumput sebelum terjatuh,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Katanya, kerja-kerja menyelamat dijalankan dengan mengeluarkan mangsa dari dalam lubang berkenaan.

“Mangsa ditemui dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan serius,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!