Diberkas ketika panjat pagar rumah

Antara peralatan yang dirampas susulan tertangkapnya seorang lelaki berusia 27 tahun dipercayai ketika cuba memecah masuk sebuah rumah di kawasan SS5D/13, Petaling Jaya, malam tadi.
Antara peralatan yang dirampas susulan tertangkapnya seorang lelaki berusia 27 tahun dipercayai ketika cuba memecah masuk sebuah rumah di kawasan SS5D/13, Petaling Jaya, malam tadi.
A
A
A

PETALING JAYA - Polis menahan seorang lelaki yang cuba memecah masuk sebuah rumah ketika melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan SS5D/13, di sini malam tadi.

Dalam kejadian 9.35 malam itu, lelaki berusia 27 tahun bersama yang dilihat bersama rakannya sedang memanjat pagar rumah terbabit cuba melarikan diri selepas anggota polis mendekati mereka.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, polis terserempak dua lelaki terbabit tetapi salah seorang daripada mereka melarikan diri.

Menurutnya, pemeriksaan pada suspek menemui beg mengandungi beberapa peralatan dipercayai untuk melakukan jenayah pecah rumah seperti alat pemotong wayar dan sebotol gas silinder.

"Siasatan mendapati suspek memiliki satu rekod dadah selain mengaku terlibat dalam dua kes pecah rumah di sekitar Kelana Jaya.

"Polis kini memburu dua lagi suspek dikenali sebagai 'Usop' dan 'Budir' yang dipercayai bersama suspek dalam kegiatan terbabit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan lain, Nik Ezanee berkata, bagi tempoh 1 hingga 18 Mac lalu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya berjaya merekodkan tangkapan 22 suspek bagi kes samun, pecah rumah (18), curi (9) dan curi kenderaan (5).

"Usaha membanteras dan mencegah jenayah akan tetap diteruskan walaupun terlibat sepenuhnya dalam penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Artikel Berkaitan:

"Masyarakat juga diingatkan agar sentiasa berhati-hati kerana penjenayah sentiasa mencari peluang untuk melakukan jenayah," katanya.