KKM telah sahkan produk VS’lim selamat, bebas daripada bahan terlarang

KUALA LUMPUR – Pengesahan rasmi daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bahawa produk minuman kesihatan jenama VS’lim selamat digunakan dan bebas daripada bahan terlarang, termasuk Sibutramine dan enam bahan berbahaya lain telah menangkis segala tohmahan serta dakwaan tak berasas terhadap produk berkenaan sebelum ini.
Menurut Pengarah syarikat Vdare Healthy & Beauty, Noor Addina Yusof, pihaknya mengambil serius dakwaan tular di media sosial yang mendakwa produk tersebut mengandungi bahan berbahaya.
Sebelumnya, pada 24 Jun lalu, KKM telah melakukan pemeriksaan di kilang syarikat dan merampas stok VS’lim untuk siasatan.
Namun demikian, pada 13 Ogos, KKM secara rasmi mengesahkan bahawa produk VS’lim adalah selamat digunakan kerana bebas sebarang bahan terlarang.
Dalam satu sidang media bersama peguamnya, Noor Addina menegaskan bahawa syarikat bertegas untuk menafikan sekeras-kerasnya segala tuduhan fitnah tersebut.
“Saya telah menghantar Notis Tuntutan (Letter of Demand) kepada seorang pemilik akaun TikTok pada 2 Julai lalu berhubung hantaran dan komen yang membawa unsur fitnah terhadap produk VS’lim.
“Tindakan undang-undang tetap akan diteruskan terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan maklumat palsu mengenai produk berkenaan. Syarikat tidak akan berkompromi dalam menjaga reputasi mereka serta keyakinan pengguna,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan terkini, Noor Addina turut mengumumkan pelancaran perisa baharu VS’lim ChocoCream pada 25 Ogos lalu.
Menurut beliau, perisa tersebut dibangunkan melalui penyelidikan berterusan yang menekankan aspek keberkesanan dan keselamatan serta diyakini bakal mendapat sambutan baik daripada pengguna.
Tambah Noor Addina, pengguna dinasihatkan agar sentiasa mempertimbangkan faktor kesihatan sebelum menggunakan produk kesihatan dan mendapatkan nasihat doktor atau pegawai farmasi jika mempunyai masalah kesihatan khusus, sedang hamil atau menyusu.
Beliau juga menekankan bahawa sebarang maklumat rasmi hanya akan disampaikan melalui saluran komunikasi rasmi syarikat dan menyeru orang ramai untuk tidak mudah terpengaruh dengan berita palsu di media sosial.
Sejak dilancarkan pada Mac 2025**, jenama VS’lim telah menerima sambutan luar biasa, dengan rangkaian stokis dan ejen yang aktif di seluruh negara.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
